Ini Rahsianya, Kenapa 6 AM Adalah Waktu Sesuai Untuk Anda Email Mohon Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Ini Rahsianya, Kenapa 6 AM Adalah Waktu Sesuai Untuk Anda Email Mohon Kerja

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Mar 4, 2021
pada 9:25 AM

Ini Rahsianya, Kenapa 6 AM Adalah Waktu Sesuai Untuk Anda Email Mohon Kerja 

Dalam kerja, memang rutin harian untuk kita check email bagi merancang tugasan harian kita sebelum memulakan kerja, namun  agak-agak waktu bila orang akan selalu semak 'inbox'? Tak tentu? Tapi sebenarnya ada waktu yang lebih spesifik dalam masa sehari. 

Jobseeker, anda perlu ambil perkongsian ini demi kebaikan anda, salah satu cara untuk majikan pandang email anda adalah waktu dimana orang bekerja akan semak email mereka. Kalau anda rasa pada pukul 9 pagi itu sebenarnya anda tak tepat!

Email tak semestinya boleh disemak melalui komputer sahaja, table, malah telefon pintar pun boleh. Menurut kajian daripada Boomerang for Gmail, lebih daripada 100 juta pengguna gemar melihat mesej email pada waktu awal pagi. Bila?

 

6 A.M!

Selama ini kita fikirkan pada pukul 9 pagi, tapi rupa-rupanya tidak tepat, waktu paling ideal adalah sekitar 5 hingga 6 pagi! (Sebaiknya 6 pagi).  Malah waktu yag dirasankan pula sekitar 12 tengah malam hingga 12 tengah hari! Kalau dilihat melalui graf di atas, selepas pukul 12 adalah waktu paling minima orang semak email. 

 

Kenapa Pukul 6 A.M?!

Memang logik akal, kalau diikutkan biasanya dalam kerja, kita akan luangkan hanya 1/3 masa untuk semak email. Majikan akan hanya sekilas pandang melalui telefon bimbit untuk scroll & refresh 'inbox' email. 

Memang benar kebanyakan daripada pekerja tidak gemar meluangkan masa dengan hal-hal kerja pada sebelum dan selepas habis kerja. Namun pasti akan ada boss atau salah seorang co-worker kita (mugkin anda sendiri) yang akan semak email sewaktu sedang berehat. Hanya sekadar semak biasa sahaja.

Maknanya, logiklah pada awal pagi ini, adalah waktu paling ideal untuk hantar email.

 

Jadi, Apa Manfaatnya?

Sebagai jobseeker, inilah peluang untuk anda hantar email kepada majikan, lebih bagus jika boleh dapatkan email yang seseorang yang lebih spesifik (boss/HR/Hiring Manager). Berikan subject line yang gempak untuk mereka 'terpandang' kiriman anda.

Begitu juga kepada pekerja, jika ada perkara yang anda utamakan dahulu, segeralah hantar melalui email pada waktu ini.