4 Jenis Cuti Yang Wajib Pekerja Dapat Mengikut Akta Kerja 1955
# Pengetahuan Pekerja

4 Jenis Cuti Yang Wajib Pekerja Dapat Mengikut Akta Kerja 1955

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 5, 2021
pada 10:52 AM

Setiap pekerja di Malaysia dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Tidak kiralah jika anda bekerja secara sepenuh masa atau separa masa di mana-mana perusahaan. Ini sangat penting untuk melindungi hak-hak anda sebagai seorang pekerja. Antara hak yang perlu anda tahu adalah mengenai cuti. Anda rasa cuti yang diberikan untuk anda sudah memadai? Jom kita tengok senarai kelayakan cuti yang wajib setiap pekerja di Malaysia perolehi. 4 Jenis Cuti Yang Wajib Pekerja Dapat Mengikut Akta Kerja 1955

#1 Cuti Kelepasan Am

Pekerja berhak mendapat cuti kelepasan secara berbayar contohnya:

1. Hari Kebangsaan, 

2. Hari Ulang Tahun Yang di-Pertuan Agung

3. Hari Ulang Tahun Raja mengikut negeri

4. Hari Pekerja 

5. Dan mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951

 

Bolehkah majikan meminta pekerja pada hari kelepasan am?
Boleh. Jika anda perlu bekerja pada hari kelepasan tersebut, majikan perlu membayar gaji lebih tinggi mengikut Seksyen 60 D(3) Akta Kerja 1955. Tindakan undang-undang boleh diambil, jika anda tidak hadir ketika dipanggil bekerja pada hari kelepasan am.

#2 Cuti Sakit

Seseorang pekerja wajib mendapat cuti sakit berbayar. Namun begitu, peruntukan bilangan cuti sakit berbeza berdasarkan tempoh bekerja bersama majikan tersebut. 

Tempoh kerja kurang dari 2 tahun
Wajib  mendapat tidak kurang daripada sepuluh (10) hari dalam setahun.

  • Tempoh kerja antara 2 ke 5 tahun
    Wajib mendapat tidak kurang dari tiga belas (13) hari dalam setahun

  • Tempoh kerja lebih 5 tahun
    Wajib mendapat tidak kurang dari lima belas (15) hari dalam setahun

    #3 Hari Rehat

    Haa, hari rehat ini dalam istilah lain yang biasa kita gunakan ada cuti mingguan. Bagi mana-mana jenis pekerjaan, tidak kisahkah separa masa atau sepenuh masa, anda berhak mendapat sekurangnya satu hari rehat bagi tiap seminggu. Namun begitu, jika majikan masih boleh menolaknya jika keperluan operasi syarikat. Biasanya jika kes seperti ini berlaku, pekerja layak dibayar pada kadar gaji biasanya. 

    #4 Cuti Tahunan

    Mengikut perundangan di Malaysia, kadar cuti tahun di peruntukan antara 8 hingga 16 hari bergantung kepada tempoh pekerjaan. ..

    Tempoh kerja kurang dari 2 tahun
    Wajib  mendapat tidak kurang daripada empat belas(14) hari dalam setahun.

  • Tempoh kerja antara 2 ke 5 tahun
    Wajib mendapat tidak kurang dari lapan belas (18) hari dalam setahun

  • Tempoh kerja lebih 5 tahun
    Wajib mendapat tidak kurang dari dua puluh dua (22) hari dalam setahun

    Setiap pekerja perlulah sekurangnya mencukupkan 12 bulan perkhidmatan untuk mendapatkan kelayakan seperti di atas. Jika perkhidmatan anda masih dibawah 12 bulan, kadar cuti anda akan dikira secara purata. 

    Selepas baca artikel ini, ada rasa nak semak bilangan cuti yang diperuntukkan ke? Bolehlah tanya-tanya HR dan mula rancang cuti anda untuk tahun hadapan - MJ