Elak Tanya Soalan Ini Ketika Interview, Kalau Taknak Kena Label Sebagai Biadap!
# Pengetahuan Interview

Elak Tanya Soalan Ini Ketika Interview, Kalau Taknak Kena Label Sebagai Biadap!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 24, 2021
pada 8:21 AM

Sengaja atau tidak sengaja seringkali korang bertanya soalan yang salah semasa Interview, bakal majikan akan mengangap korang biadap kerana setiap bicara itu melambangkan diri korang. Terlalu yakin dan bercakap besar tak boleh juga. Takut nanti bila sudah start kerja hasilnya kosong! Walaupun resume korang power pun, kalau korang biadap siapa mahu ambil kerja kan? Jom kita lihat soalan yang WAJIB korang elakkan: Elak Tanya Soalan Ini Ketika Interview, Kalau Taknak Kena Label Sebagai Biadap!

1) "Siapakah sasaran pelanggan syarikat ni?"

Dah lah dapat korang yang mohon di syarikat tu.Tapi, sebelum interview korang tak research langsung pasal syarikat tu, hanya datang dan jawab soalan, bila Penemuduga tanya pasal syarikat dan korang jawab "saya tak berapa pasti". Sah sah lah bakal majikan korang tu akan angap korang pemalas! Semua info sekarang di hujung jari jadi pandai pandai lah korang cari. Melainkan korang tanya "Boleh ceritakan lebih details skop kerja saya mohon ini"

2) "Apa manfaat tambahan yang saya dapat?"

Amboi baru interview dah tanya elaun, Korang kena tahu setiap majikan inginkan pekerja yang mempunyai minat, kesungguhan dan ikhlas bekerja. Bukan hanya pentingkan duit dan tidak ambil kisah untuk memajukan syarikat. Boleh tanya tapi tunggulah sehingga korang betul-betul diserap masuk kerja. Lebih bagus kalau korang tanya "Adakah latihan dan pembelajaran kemahiran disediakan syarikat?". Ini menunjukkan korang memang minat untuk bekerja dan mempelajari perkara baru.

3) "Boleh saya bekerja dari rumah?"

Sebagai contoh korang suri rumah dan hanya memohon jawatan kerja part time, Mungkin di iklan-iklan jawatan kosong ada tertulis boleh kerja dari rumah. Tapi bukan setiap hari. Majikan inginkan korang selalu menyertai pasukan mereka, sering bekerjasama dengan rakan sekerja. Bukan 100 peratus hanya dirumah memakai baju tidur sambil buat kerja! Melainkan korang boleh tanya "Bagaimana waktu saya bekerja".

4) "Berapa cepatkah saya boleh naik pangkat?"

Sepatutnya soalan begini korang tanya dalam diri sendiri. Adakah korang memberi manfaat di dalam syarikat? adakah korang cukup kredibiliti untuk bekerjasama dengan syarikat? Kalau prestasi korang cukup baik. Sudah tentu majikan suka dan mungkin naik gaji dan pangkat lebih cepat! Takkan pula majikan naikkan pangkat korang dengan cepat sedangkan tidak membantu sangat untuk syarikat. Jika korang diterima mesti majikan akan cakap "Silaa tunjukkan kebolehan anda". Jadi buktikan yang korang memang inginkan masa depan yang panjang di syarikat ini.

Mungkin korang ini perkara kecil. Tapi impak nya mungkin sangat besar. Belajar dan fahami lebih terperinci jika mahu datang ke temuduga. Jika korang selalu tanam dalam diri sikap redho dan pasrah, dapat atau tidak dapat itu terpulang. Tidak boleh begitu kerana peluang tu jarang sekali kita dapat dan ini juga demi masa depan korang!

**Sumber : Monster