Kalau Korang Cepat Unmotivated, Ini Sebab Waktu Kerja Fleksibel Bukan Untuk Korang
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Kalau Korang Cepat Unmotivated, Ini Sebab Waktu Kerja Fleksibel Bukan Untuk Korang

post by Izuan

by Izuan

Jun 5, 2016
pada 5:54 AM

Sekarang orang lebih gemar jika majikan offer waktu kerja yang fleksibel berbanding waktu kerja tetap. Mungkin bagi mereka alternatif ini lebih mudah dan sesuai dengan rutin harian. Iyelah tak perlu nak terkejar-kejar keluar rumah pagi-pagi, hadap jam lagi untuk sampai tepat ke office. Waktu fleksibel ini makin popular sekarang dan sudah meluas digunapakai oleh rata-rata company. 

Waktu fleksibel ni sama je macam bekerja sepenuh masa cumanya, korang boleh pilih masa  dan tak terikat dengan waktu yang ditetapkan. Contohnya, waktu bekerja adalah dari 8 pagi hingga 5 petang, tapi jika boss korang mengamalkan fleksibiliti, korang boleh tetapkan bila nak datang office dan balik asalkan memenuhi had jam bekerja.

Kelebihan bekerja waktu fleksibel:

Kalau colleagues atau boss asyik complain selalu tak nampak muka korang dekat office pilihlah masa bekerja yang mana semua boleh nampak kewujudan korang. Tak la dikatakan curi tulang je. Mungkin ramai nampak benda ni best dan senang tapi banyak juga faktor yang perlu dipertimbangkan juga sebelum memilih.

Alternatif ini ada kelebihan dan keburukan masing-masing dan macam contoh cara ni amat sesuai untuk para ibubapa yang perlu settlekan hal anak-anak ke sekolah, taska dan sebagainya yang memang akan lambat ke tempat kerja. Kalau amalkan flexibel ni tak ada lah masa bekerja terbuang macam tu je. 

Bukan tu je kelebihan dia, berdasarkan tinjaun yang dilakukan oleh Persekutuan Majikan Malaysia, kaedah ni meningkatkan kualiti kerja, produktiviti dan mengurangkan stress di tempat kerja berbanding mereka yang menghabiskan berjam-jam di office. Habiskan sehari suntuk di office akan membuatkan korang bertambah runsing dan lama-lama akan rasa malas untuk bekerja. Betul tak? Tapi ada side-effect dia juga.. Korang akan..

Tapi rasa 'unmotivated' sebab..

Selain tu, buat mereka yang perlu berulang-alik ke tempat kerja yang mengambil masa lama, amat sesuai untuk amalkan masa fleksibel ni. Tapi, perlu diingatkan juga walaupun korang boleh datang lewat dan sebagainya korang kena stay fokus dalam bekerja. Jangan ambil kesempatan dengan alternatif ni dan bagi alasan untuk tak perform dalam kerja.

Datang lambat kerja dan tak siapkan kerja lepastu balik awal dengan alasan fleksibel, no no jangan pula buat macam tu. Kalau nak kena marah dengan boss silakan. Lagipun, ada sesetengah yang tak boleh stay fokus, bila lama-lama sudah terbiasa untuk datang kerja lewat dan sebagainya akan mula lah rasa malas nak bangun dan call boss bagi alasan demam lah, emergency case lah. Ini yang paling tak best bila orang bagi peha minta betis pula. 

Apa-apa pun yang penting korang kena stay fokus dalam bekerja ni. Jangan ambil kesempatan terhadap policy company korang dan ingat juga bukan senang nak dapat kerja tau.