Antara Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta Lagi Bagus? Gadis Ini Kongsi Kelebihan Dan Kekurangan Di Kedua Sektor
# Pengetahuan Pekerja

Antara Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta Lagi Bagus? Gadis Ini Kongsi Kelebihan Dan Kekurangan Di Kedua Sektor

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 8, 2021
pada 8:02 AM

Kerja kerajaan vs kerja swasta mana satu pilihan korang? Antara Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta Lagi Bagus? Gadis Ini Kongsi Kelebihan Dan Kekurangan Di Kedua Sektor

Ini Maukerja senaraikan kelebihan & kekurangan kerja di kedua-dua sektor. Agar korang dapat melihat perbandinganya dengan lebih jelas lagi, dan membuat pilihan yang tepat untuk masa depan kerjaya korang.

Kelebihan Kerja Di Sektor KERAJAAN

1. Elaun Rumah - Sektor kerajaan sangat menjaga kebajikan para pekerja nya, jadi kalau korang menjadi salah seorang pekerja kerajaan korang akan diperuntukan dengan elaun rumah. Elaun ini adalah untuk mengurangkan beban korang yang perlu membayar sewa rumah setiap bulan. Untung betul jadi penjawat awam ni kan?

2. COLA - COLA tu apa? Coca cola ek? Hahahaa.. COLA sebenarnya adalah singkatan bagi Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa Melayu – elaun sara hidup. Elaun ini diberikan mengikut tempat korang bekerja untuk membantu mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan seperti bandar besar Kuala Lumpur dan sebagainya.

3. Bonus Tetap Khidmat Awam - Bekerja di sektor awam maknanya korang telah menyumbang bakti kepada masyarakat setempat. Untuk menghargai jasa dan sumbangan korang tu, kerajaan telah memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada semua penjawat awam. Kira tak rugi la korang berhempas pulas untuk dapatkan kerja kerjaan, kalau dah dapat jangan sia-siakan nya okay!

4. Kenaikan gaji - Kalau harga baran dinaikan, gaji korang pun selalunya dinaikan tapi bergantung pada budi bicara pemegang tampuk pemerintahan negara lah ye, selalunya kenaikan gaji akan berlaku secara berkala pada setiap tahun. Jadi dapatlah juga korang menampung perbelanjaan hidup jika negara dilanda masalah inflasi.

5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah - Korang nak beli rumah dan kereta idaman? Tak payah nak risau lagi. Sebab dengan mudahnya pinjaman kereta dan pinjaman rumah disediakan untuk korang kakitangan kerajaan tanpa ragu!

6. Cuti yang fleksibel - Terdapat beberapa jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, korang akan diberikan minimum sehingga 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, korang pula diberikan cuti sehingga 25 hari. Cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin juga diperuntukan sesiap untuk korang. Bagi kakitangan wanita yang bersalin akan diberikan cuti selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan dan sebab utama kenapa korang kena berusaha dapatkan kerja kerajaan.

 

Kekurangan Kerja Di Sektor KERAJAAN

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

 

Kelebihan Kerja Di Sektor SWASTA

  1. Rundingan Gaji - Kerja di sektor swasta berkonsepkan gaji anda, anda yang tentukan! Korang bebas menacadangkan nilai harga untuk diri sendiri. Dan sekiranya tak berpuas hati korang boleh berunding dengan HR atau berjumpa dengan bos.
  2. Caruman KWSP - Syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 5 orang pekerja diwajibkan mencarum KWSP bagi setiap pekerja nya, jadi korang tak perlu risau lagi simpanan di masa hadapan korang terjamin. Seandainya syarikat korang tak mahu mencarum KWSP untuk korang, korang boleh panjangkan aduan ke pejabat buruh
  3. Komitmen Kerjaya Penting! - sektor swasta sangat mementingkan disiplin dan komitmen seorang pekerja dalam kerjaya, kalau korang nak bertahan lama dekat sektor swasta korang kena sentiasa perform, capai matlamat syarikat dan maintain KPI yang baik.
  4. Bonus - Bonus ni ada dua jenis, satu bonus tahunan dan satu lagi bonus sekiranya korang berjaya mencapai target yang ditetapkan oleh syarikat serta memberi keuntungan yang banyak kepada syarikat. Pemberian nilai bonus bergantung kepada syarikat masing-masing. Ada yang bagi bonus sebulan gaji, 3 bulan gaji atau 6 bulan gaji.
  5. Cuti - Cuti yang diperuntukan takde la sebanyak mereka yang bekerja di sektor kerajaan namun faedah cuti tetap diperuntukan seperti yang telah disyaratkan oleh jabatan buruh.
  6. Bebas & Tak Terikat - Selalunya korang akan diberi tempoh percubaan selama 3 atau 6 bulan bergantung kepada syarikat, dalam tempoh percubaan ini tak jadi masalah langsung kalau korang dah kerja selama 2 bulan, tiba-tiba korang rasa nak berhenti kerja sebab korang jumpa peluang kerja yang lebih baik. Korang boleh terus berhenti tanpa perlu kemukakan sebarang alasan pun.

 

Kekurangan Kerja Di Sektor SWASTA

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Sekarang korang dah tahu kan kelebihan-kekurangan bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Cepatlah buat permohonan kerja mengikut sektor pilihan korang, nanti melepas korang juga yang rugi 

Kesimpulannya, berdasarkan kelebihan-kekurangan yang disenaraikan di atas, korang haruslah bijak memilih dan menimbang dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Carilah peluang kerja yang benar-benar sesuai untuk korang jadikan mata pencarian. Goodluck!