Dakwaan Warga Emas ‘Dibuang’ Anak, Menantu, Rupanya Ini Cerita Sebenar
# Trending Semasa

Dakwaan Warga Emas ‘Dibuang’ Anak, Menantu, Rupanya Ini Cerita Sebenar

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

May 9, 2021
pada 11:18 AM

Baru-baru, tular satu kisah di media sosial mengenai Zarah Ahmad, 83 tahun, salah seorang penghuni rumah jagaan orang tua yang mendakwa dirinya ‘dibuang’ oleh sembilan orang anaknya semasa dia menerima rawatan di sebuah hospital akibat terjatuh (tidak pasti terjatuh disebabkan apa), memetik laporan Buletin TV3.

“Mati atau hidup saya, anak-anak tak mahu ambil tahu pasal saya

“Anak menantu pun tak nak jaga saya sebab saya punca mereka susah nak keluar berjalan,” luahan Zarah yang sudah sebulan menetap di pusat jagaan orang tua itu.

Zarah berkata, dirinya diabai oleh anak serta menantu selepas suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lalu. Tambah kecewa, setelah dia dirawat di hospital, tiada seorang pun anaknya yang mahu menuntut sebagai warisnya. Ini memaksa pihak kebajikan hopsital menghantar Zarah ke rumah jagaan orang tua tersebut.

Berikutan kisah mulai tular, Normala Shamsuddin, menantu kepada Zarah tampil menjelaskan perkara yang sebenar menerusi satu hantaran di laman Facebook.

180501174_5673555312684954_852217539673680431_n-768×1446

“Untuk makluman, dia merupakan ibu mertua saya. Bukan anak-anak yang buang dia tapi dia buang anak-anak sejak mereka kecil lagi.

“Kami (anak-anak termasuk menantu) sering dimaki hina oleh dia. Suami saya, anak yang paling teruk kena hina sebab suami saya ini miskin, orang susah.

“Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan. Orang yang tak tahu kisah benar memang akan kesiankan dia. Biasalah naluri kita sebagai manusia yang mudah kesian pada orang tua,” luah Normala menerusi hantaran status di Facebooknya.

Apa pun sikap seorang ibu, kita sebagai anak mestilah taat dan menghormati mereka. Tapi dalam kes ini, anak-anak dan menantu sepertinya sudah tawar hati dengan sikap Zarah. Semoga isu ini diselesaikan dengan cara yang baik.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.