Asyik Bincang Dalam Bahasa Dia Je. Lepastu Suruh Buat Kerja, Mana Kita Nak Paham!
# Pengetahuan Pekerja

Asyik Bincang Dalam Bahasa Dia Je. Lepastu Suruh Buat Kerja, Mana Kita Nak Paham!

post by MJ

by MJ

May 17, 2021
pada 11:55 AM

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini, bukan sahaja terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi, malah saling menghormati. Masakan tidak, kita saban tahun dapat merayakan hari perayaan masing-masing tanpa masalah. Asyik Bincang Dalam Bahasa Dia Je. Lepastu Suruh Buat Kerja, Mana Kita Nak Paham!

Namun begitu, kita tak dapat nafikan ada segilintir yang masyarakat yang tidak peka. Masalah ini menular sehingga ke tempat kerja. Ikuti luahan salah seorang followers Maukerja di segmen #MauLuah kami mengenai rakan sekerja beliau.


#MauLuah

Hello min, saya baru je 2 bulan keja kat satu company ni. Ni first time saya bekerja sbb slps saya grad Nov 2019. sepanjang tahun 2020 saya menganggur, saya hantar berpuluh² email, interview dalam 5-6 kali tapi tak sangkut². Saya cuba cari tapi takda vacancy yang berdekatan. Jadi, saya cuba belajar untuk jadi translator secara online, dan ajar anak-anak jiran buat kerja rumah adalah upah dia.Sbb minat saya mmg suka mengajar.

Balik dengan company yg saya baru join ni, company ni kecil saja. Dalam ofis ada 7 orang termasuk bos dekat workshop ada 4 orang sbb ni kilang heavy machinery. Jarak dari rumah pulak 15 minit tanpa saya perlu keluar ke main road. Ni saya bersyukur sangat. Kira masih dalam kawasan kampung saya juga sebab saya tinggal kat kampung. 

 

Job scope tak seperti dijanjikan..

Ni baru 2 bulan saya kerja tapi job scope kerja dh mmg awal² lari.

Saya belajar dlm Administration tapi kerja jd  pembantu Account. Semua org dalam ofis berbangsa ******* dan saya bukan. Kalau mereka mengumpat saya pun saya tak faham dan saya tak peduli pun tambahan pula saya ni jenis pendiam dan pemalu bukan sbb tak pandai bergaul.

Saya mmg tak ada pengalaman langsung dalam pengiraan apa lagi dlm Autocount. Skrg ni pulak agak susah nak ada cust. sbb pandemik lps tu hari-hari boss buat meeting sblm start dan habis kerja dlm 30 minit dan dia nak kan rekod harian masing².

 

Ingatkan boleh harapkan pekerja lama tunjuk ajar, tapi...

Saya ingatkan saya yg fresh dorg dapat tunjuk ajar, habis hari, saya pula yg kena buat rekod dan disoal boss hari² mmglah saya tak tahu sbb saya buat rekod apa yg saya buat sahaja.Stress lah juga hari² ditanya sampaikan saya terpaksa ambil EL sbb migrain fikirkan hari² hal tu, kat rumah pula dah nak kena fikirkan apa nak dicakap keesokan hari untuk briefing awal pagi. kalau bos nak kan sesuatu tu pula saya terpaksa cari data yang dia nak on the spot. Kalau data tu masih kosong dia tanya saya kenapa masih kosong padahal saya hanya key-in apa yang orang pass kat saya. Bila saya jawab tanya pada org tersebut, org tersebut hanya diam atau cakap belum² sampai lah ke sudah.

 

Rakan sekerja suka berbincang dalam bahasa mereka, lepastu suruh buat kerja, mana kami faham!

Lps tu pula, berkomunikasi dalam bahasa dorg. Kami yang lain terkebil² dgr. Suruh translate kan lain di tanya lain di jawab last² salah apa yg dibuat. Skrg ni saya tiba² rasa nak sambung belajar dan saya dah tetapkan pendirian saya nak tanggung yuran tu semua sendiri. Sebb dari dulu berniat nak jadi tenaga pengajar,, gaji saya pula Rm1200 potong itu initinggal 900+ je nasib rumah dekat.

 

Dilema nak sambung belajar ke terus kerja..

Jadi saya nak tanya, berapa bulan/tahun saya perlukan untuk dapat pengalaman kerja sebenarnya? Kursus untuk sambung belajar dibuka bulan Ogos tahun ni. Dalam company ni takda tempoh percubaan. Sekian.

 

Korang ada cerita nak luah? Jom share story dengan kami. Boleh email ke diyana.maukerja@gmail.com atau whatspaa je dekat sini. KLIK SINI UNTUK WHATSAPPS 

Disediakan oleh: Khai HB