Kereta yang sesuai dibeli mengikut gaji bulanan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kereta yang sesuai dibeli mengikut gaji bulanan

post by MJ

by MJ

Aug 5, 2021
pada 1:11 PM

Kereta yang sesuai dibeli mengikut gaji bulanan

Kereta yang sesuai dibeli mengikut “gaji” bulanan korang, tips elak muflis! Tahukah anda, 60% dari golongan orang yang muflis adalah dari golongan orang muda. Majoriti golongan muda yang jatuh muflis adalah disebabkan HUTANG KERETA dan HUTANG PERIBADI. Ya, kehendak membeli barangan melebihi kemampuan dan kegagalan membayar komitmen tersebut punca kepada masalah ini. Rata rata anak muda gagal menguruskan kewangan mereka. Itu baru cerita pasal hutang kereta dengan pinjaman peribadi, belum lagi cerita pasal hutang kad credit!

So berbalik semula kepada topik membeli kereta. Membeli kereta ni bukanlah sekadar beli kereta dan pakai. Membeli kereta ni ibarat kita membeli sekali dengan pakej penjagaan. Dah beli kereta ni bukan ambil kira bulanan yang kita bayar je, mestilah kira sekali dengan kos road tax, insuran, minyak hitam, minyak gear, petrol, tayar, wiper dan sebagainya. 

Jadi, pembeli perlu bijak, awak nak loan 9 tahun ni beli kereta. Bukan sekejap tau. So mestilah berpikir panjang sebelum membeli. 

 

So pelbagai cara kalau nak beli kereta and kurangkan hutang, follow list bawah ni :-

Yang pertama sekali, mungkin susah sedikit. Beli kereta cash. Tapi tak dinafikan ada yang buat begini. Apa yang mereka lakukan adalah, mereka buat anggaran komitmen kereta tu jika dibeli dengan hutang. Katalah sebulan 700. So mereka akan menyimpan setiap bulan selama 3-4 tahun dan buat pelaburan. Dapat keuntungan dari pelaburan. Dapat lah merasa kereta cash. Tak mampu beli baru, kereta terpakai pun okay apa kan! Yang penting takde hutang

Kalau yang pertama tadi susah korang nak buat. Korang boleh cuba letak deposit yang tinggi! Jangan sesekali terpengaruh dengan pembelian kereta tanpa deposit. Beli kereta tanpa deposit ni adalah menyebabkan hutang lagi banyak! Korang boleh bayangkan sendiri jika korang membeli Myvi dengan harga 54K hutang tanpa deposit dengan korang letak 20K deposit. Pasti akan lain jumlahnya!

Yang ketiga ni paling simple. Senang. Beli kereta ikut kemampuan gaji korang. Macam mana? Mudah je.

Caranya gaji sebulan gaji, korang kali dengan setahun. Itulah kelayakan sebenarnya kereta yang korang boleh beli. Contoh :-

Gaji bulanan - Rm2000 X 12 = Rm24,000

So Rm24,000 ni lah kemampuan korang untuk membeli kereta. 

Kereta apa yang dapat Rm24,000? Kereta terpakai boleh, atau Perodua Axia.

 

See? Senangkan?

 

 

Ditulis oleh

Luq's

Project freelancer