Kalau kita perasan sekarang, banyak drama-drama melayu memaparkan hero/heroin yang memegang watak bekerjaya sebagai seorang arkitek, hidup serba mewah dan kerja yang mudah. Hakikatnya, kehidupan kerja mereka tidaklah 'seindah' mana yang di paparkan di kaca tv dan paling utama sekali pekerjaan mereka jauh meleset sepertimana yang anda lihat. Antaranya, disebalik kehidupan mewah dan serba moden kerja arkitek yang anda tonton, mereka tak pergi ke 'site meeting' bawa kertas gulung yang dah berabad lamanya dan paling penting sekali, tak pernah wujud arkitek wanita pakai skirt pendek, berkasut 6 inci untuk ke tapak pembinaan. Belum lagi maklumat terperinci dalam skop kerja mereka, seorang arkitek yang lebih dikenali sebagai Nornizam Yusof ini dedahkan beberapa perkara yang sangat tak logik drama melayu paparkan kehidupan kerja sebagai seoarang arkitek. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja