3 Tip Jawab Soalan Tentang Kelemahan Anda – Lembutkan hati penemuduga
by MJ
3 Tip Jawab Soalan Tentang Kelemahan Anda – Lembutkan hati penemuduga
Penulis : Azza Rai
SItuasi – Anda sudah pun mendapat panggilan temuduga kerja yang diminati selama ini. Segala info dan cadangan memajukan syarikat sudah pun berada di kepala anda dan bersedia untuk dihujahkan nanti.
Namun, jangan terleka kerana penemuduga suka melihat ketulusan anda dalam berbicara. Adakah calon pekerja baru ini sebenarnya suka cakap besar atau memang sanggup mengaku kelemahan mereka.
Di sini lah, anda perlu bermain kata, umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan selerak.
Mahu tahu cara terbaik? Sila baca di bawah.
“Apakah kelemahan utama anda?”
Jawapan perlu lah mengandungi formula yang realistik. Pilih satu kelemahan anda (jangan tipu) dan pasikan ianya tidak menjejaskan prestasi kerja anda nanti.
Contoh 1
Jawatan Akauntan
Salah - “Saya tak suka suasana bising ketika bekerja.”
Betul – “Saya serius ketika bekerja kerana bekerja dengan angka, tidak boleh melakukan kesilapan. Tetapi saya boleh mengubah mood menjadi humor pada tempatnya.”
Contoh 2
Jawatan Pengurusan & Pemasaran
Salah – “Saya seorang yang pantas bekerja dan mahukan keputusan dengan pantas.”
Betul – “Saya akui mahukan sesuatu perkara atau keputusan dengan cepat. Tetapi saya juga sedar ianya tidak bagus untuk jangka masa panjang. Jadi, saya sedang belajar untuk lebih sabar.”
Contoh 3
Jawatan Anggota beruniform (polis, tentera, bomba)
Salah – “Saya tak pandai gunakan komputer.”
Better – “Kelemahan saya ialah kemahiran komputer, tapi saya sedang mengambil kursus komputer dan ia membantu saya dalam urusan seharian.”
Jadi, bagaimana? Anda mendapat idea untuk menjawab soalan ini? Semoga Berjaya!
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik