Awas!!  Peniaga Jangan Amalkan Trend Nasi Paku
# Others

Awas!! Peniaga Jangan Amalkan Trend Nasi Paku

post by MJ

by MJ

Jan 3, 2022
pada 5:26 PM

Baru baru ni warganet dikejutkan dengan sebuah tragedi yang menimpa seorang kanak kanak dimana beliau telah dibawa oleh keluarganya ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri telah tertelan paku. Kanak itu dibawa ke hospital setelah kanak itu menangis tanpa henti serta merungut mengalami sakit perut. Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut serta pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut.

Hidangan yang digelar sebagai ‘Nasi Paku’ dan terkenal di Kota Bharu, Kelantan ini semakin menjadi popular dan dijadikan dikalangan segelintir peniaga untuk mengunakan paku bagi membungkus makanan.

 

Oleh itu KKM telah mengambil maklum isu ini dan Dr. Noor Hisham selaku Pengarah Kesihatan KKM telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk mengulas isu tersebut.


"Peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya."
 

 

Sehubungan itu, KKM menasihatkan supaya peniaga makanan agar tidak menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya pada pembungkusan makanan kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan yang serius sekiranya bahan tersebut termasuk dalam makanan dan ditelan pengguna. Pada masa yang sama, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan.