SEJARAH GENTING HIGHLANDS YANG RAMAI TAK TAHU
# Trending Semasa # Others

SEJARAH GENTING HIGHLANDS YANG RAMAI TAK TAHU

post by MJ

by MJ

Jan 10, 2022
pada 3:01 PM

"Memang DRAMA betul sebelum nak bukak Genting Highlands ni dulu"

 

1. Tak semudah yang disangka sebab nak jalankan projek Genting tu, kena melalui sempadan Selangor & Pahang. Permohonan tanah seluas 12,000 ekar dalam negeri Pahang & 2,800 ekar dari negeri Selangor. 

2. Kerajaan negeri Pahang dah luluskan permohonan tanah serta merta, tapi Menteri Besar Selangor pula time tu tak setuju nak luluskan permohonan tanah dan hanya bagi hak milik 99 tahun sahaja.

3. Masa tu juga ada problem dengan faktor masa dan kewangan, ditambah pula dengan keadaan politik waktu itu yang tak mengizinkan.

 

4. Sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, pihak Genting kena bina satu jalan raya dari kaki gunung sampai ke puncak dan jalan raya itu dan dianggarkan mengambil masa 15 tahun untuk siap. Sangat lama.

 

Setiap masalah selalunya ada penyelesaian, jadi dengan adanya usaha, akhirnya Genting Highlands dapat ditubuhkan.

1. Diatas faktor kewangan, kerajaan serahkan projek itu kepada sektor swasta dan Timbalan Perdana Menteri memberikan lampu hijau untuk meneruskan projek itu.

2. Membuat rayuan kepada Menteri Besar Selangor secara persendirian dan menekankan jika Selangor tidak luluskan juga permohonan itu, projek itu akan dibangunkan di negeri Pahang sahaja dan negeri Selangor akan ketinggalan dalam bidang pelancongan. Kemudian, akhirnya Menteri Besar Selangor setuju.

3. Detik bersejarah untuk Genting Highlands pada 31 Mac 1969, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, iaitu sekarang yang bernama Theme Park Hotel itu.

4. Tunku Abdul Rahman memberi ucapan yang beliau sangat bangga dengan usaha membangunkan sebuah pusat peranginan tanpa bantuan kerajaan & bagi sumbangan yang sangat besar kepada industri pelancongan negara.


Sejak pembukaan hotel pertama, Genting Highlands Resort terus berkembang dengan pesat. Pusat peranginan itu yang dijenamakan semula sebagai Resorts World Genting (RWG) pada 2009 dan kini kekal menjadi destinasi peranan bersepadu utama di Malaysia.

 

Sekarang tahun 2022 ni, jangan cakaplah. Lagi macam-macam tarikan menarik yang ada kat Genting ni termasuklah peluang pekerjaan yang tengah dibuka sekarang. WOW! Untungnya kalau dapat kerja kat Genting ni kan. Udara sana sejuk je. Kalau kerja kat Genting ni juga akan dapat macam-macam manfaat yang best. Rugi kalau tak mohon kerja sekarang.

 

Antara jawatan yang tengah dibuka sekarang
• Waiter / Waitress
• Housekeeping Assistant
• Front Office Assistant
• Commis I/II

Berminat dengan jawatan yang ditawarkan? Tekan link ni untuk memohon sekarang > https://bit.ly/GentingHiring2022