Rakyat Malaysia Akan Hidup Miskin Selepas Bersara. Kenapa?
# Gaya Hidup

Rakyat Malaysia Akan Hidup Miskin Selepas Bersara. Kenapa?

post by MJ

by MJ

Feb 6, 2022
pada 4:17 PM

Rakyat Malaysia Akan Hidup Miskin Selepas Bersara. Kenapa?

Berikutan daripada pengeluaran KWSP yang berterusan, ramai antara kita yang bakal menjadi miskin selepas bersara. Tak kisah la kita di golongan B40 atau M40 and bekerja untuk hari tua tapi terpaksa pula kita gunakan duit KWSP untuk survive di musim pandemik ini. 

Kalau kita hidup selama 20 tahun lepas bersara (purata umur rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun), Bank Negara suggest retirement fund paling kurang kena ada RM648,000 untuk bersara dengan selesa.

Tetapi ketika ini lebih 70% rakyat Malaysia ada simpanan KWSP dibawah RM50,000!

Ketika ini berikutan dari statistik KWSP menyatakan bahawa cuma 1.7% sahaja yang memiliki simpanan lebih dari RM500,000. Yes, 1.7% sahaja! Tapi bila kita melihat statistik simpanan dibawah RM5,000 agak merisau kan dengan 31.8%, antara angka tertinggi.

So apa pendapat korang? Korang dah ada simpanan berapa?