Agak Agak Kenapa Gaji Dekat Malaysia Tak Naik Naik?
# Pengetahuan Pekerja

Agak Agak Kenapa Gaji Dekat Malaysia Tak Naik Naik?

post by MJ

by MJ

Mar 5, 2022
pada 8:15 AM

Agak Agak Kenapa Gaji Dekat Malaysia Tak Naik Naik?

Ditulis oleh - Luq's

Kalau nak cerita pasal gaji, min boleh rasa ramai pekerja di negara kita tak puas hati dengan gaji yang diberi, Sama ada terlalu sikit atau kos sara hidup kita terlalu mahal. Tapi kita lihat semula gaji minima kita adalah dengan kadar RM1,100 hingga RM1,200 sebulan. Dengan gaji macam ni, nak duduk KL? Lupakan jelah. Sewa bilik je sekarang dah dalam 500 macam tu.

Kita cuba perhatkan jiran kita di Singapura. Negara tersebut dah ada plan gaji asas yang agak lumayan untuk rakyatnya. Bayangkan dorang ada plan nak naikkan gaji pengutip sampah sahaja pada gaji SGD 3,60 iaitu RM10,000 pada tahun 2028! 

Kita boleh lihat keluhan rakyat Malaysia mengenai kadar gaji para graduan yang langsung tiada perubahan sama macam 10 tahun dahulu. antara kenapa gaji Malaysia tidak naik naik adalah, gaji permulaan di Malaysia yang rendah dan sentiasa rendah. Sebanyak 62.5% para pekerja dan graduan menerima gaji diantara RM1,200 - RM1,500. Kita boleh tengok kadar gaji di negara Malaysia adalah ditentukan oleh kuasa pasaran. Contohnya kalau ada 10 syarikat yang memberi upah RM1,200, yang lain juga akan mengikuti trend yang sama. Selain daripada itu kekurangan jawatan kosong yang melanda negara Malaysia mengakibatkan berlakunya kecenderungan penindasan gaji. Majikan hanya letak kadar gaji minimum kerana yakin pasti ada yang memohon. 

Selain daripada itu, Malaysia terlalu bergantung kepada warga asing. Bila melibatkan industri buruh, kebanyakan majikan lebih gemar mengambil buruh asing untuk dijadikan pekerja. Ini adalah kerana sektor ini tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dalam pekerjaan seharian. Kita sepatutnya memfokuskan kepada orang yang lebih mahir. 

Akibat darpada ini kebanyakan graduan ataupun pekerja mahir dinegara kita lebih cenderung kepada memlih untuk bekerja di luar negara berbanding negara sendiri. 

 

So apa pendapat korang. Agak gak kenapa gaji dekat Malaysia tak naik naik?