Apa Nak Tanya Bila Interviewer Tanya "Ada Soalan Nak Tanya?"
# Pengetahuan Interview

Apa Nak Tanya Bila Interviewer Tanya "Ada Soalan Nak Tanya?"

post by MJ

by MJ

Apr 5, 2022
pada 7:18 AM

APA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA INTERVIEWER SURUH BERTANYA SOALAN? INI BEBERAPA CONTOH SOALAN!

Ditulis oleh - Ikmal

Dalam proses temuduga, penemuduga akan bertanyakan beberapa soalan kepada orang yang ditemuduga untuk mengujinya. Namun begitu, penemuduga juga akan turut menyuruh orang yang ditemuduga untuk bertanya sebarang soalan pada akhir sesi temuduga?

Jika anda berada dalam situasi itu, apa yang akan anda buat? Boleh ke kalau anda hanya beritahu bahawa anda tidak mempunyai soalan? Atau mungkin anda boleh menjawab bahawa anda tidak tahu untuk bertanya soalan apa?

Seorang pengguna Tiktok tampil berkongsi beberapa contoh soalan yang boleh diajukan sekiranya penemuduga suruh bertanyakan sebarang soalan dalam sesi temuduga. Jom kita lihat beberapa contoh soalan yang boleh ditanya di bawah!

Antara pilihan soalan yang boleh ditanya kepada penemuduga

“Boleh ceritakan serba sedikit bagaimana kehidupan seharian pegawai yang bekerja di jawatan ini?

  • “Apa kriteria pegawai yang menurut encik/cik/tuan/puan yang akan berjaya mendapatkan jawatan ini?”

  • “Apa perkara paling susah yang akan dialami ketika bekerja?’

  • “Boleh ceritakan tentang budaya syarikat sehingga membuatkan encik/cik/tuan/puan seronok bekerja di sini?

    Kesemua contoh soalan di atas akan membuatkan para penemuduga rasa tercabar dan lihat kesungguhan anda untuk mendapatkan jawatan tersebut. Sekaligus membuatkan para penemuduga tertarik dengan anda.

    Sumber: Tiktok