Macam Mana Nak Jadi HR Yang Terbaik?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Macam Mana Nak Jadi HR Yang Terbaik?

post by MJ

by MJ

Apr 5, 2022
pada 7:14 AM

TIPS UNTUK MENJADI “HR MANAGER” YANG TERBAIK

Ditulis Oleh - Ikmal

Dalam sebuah organisasi, jawatan HR Manager sangatlah penting. Hal ini bagi memastikan segala urusan berkaitan pekerja dan hubungan dengan orang luar dapat diuruskan dengan baik.

Menjawat jawatan ini tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan anda berurusan dengan pelbagai ragam manusia yang pasti menguji kesabaran. Jika anda ingin menjadi seorang HR Manager yang baik, anda perlu mempunyai ilmu, belajar dari pengalaman dan mengetahui banyak tips yang membina. 

Seorang pengguna Tiktok berkongsi video tentang cara menjadi seorang HR Manager yang baik. Boleh diambil sebagai ilmu, ikuti tips dibawah!

Freshgrad lebih sesuai dan layak untuk jadi HR generalist dan services berbanding specialist

Hal ini kerana freshgrad kurang pengalaman dan masih perlu belajar banyak benda. Pengurus sumber manusia specialist memerlukan banyak ilmu dan pengalaman kerana ia akan mengurus pelbagai kerja besar dan sukar berbanding generalist dan services.

Contoh skop kerja: Pengambilan Pekerja, Pengurusan Prestasi, Latihan & Pembangunan, Kebajikan Kakitangan, Perhubungan Industri, Pengurusan Organisasi serta Faedah & Imbuhan.

Kesemua skop kerja tersebut perlu dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Seorang pengurus sumber manusia tidak boleh mengabaikan setiap kerja yang diberikan meskipun ia dilihat kurang penting.

Kemahiran Teknikal: Ms.Office, sistem HRMS (SAP, Oracle,etc) dan PowerBI

Kemahiran teknikal juga perlu dikuasai oleh seorang pengurus sumber manusia seperti matematik, pemahaman membaca, kefasihan bahasa dan kemahiran komputer. Hal ini seiring dengan perjalanan dunia yang semakin moden dan memerlukan pelbagai kemahiran teknikal.

Kemahiran Insaniah: perkhidmatan pelanggan, interpersonal, kemasukan data dan analisis

Kemahiran insaniah ialah sifat dan ciri keperibadian yang tidak dapat diukur, tetapi sama pentingnya di tempat kerja dan tempat lain. Kemahiran ini berakar pada tingkah laku, sikap dan nilai-nilai. Ia penting agar pekerja mahupun orang luar dapat bertahan dalam organisasi tersebut.

Kemahiran Fungsian: Akta Pekerjaan & Akta Industrial Relations (IR)

Seorang pengurus sumber manusia yang baik perlu mengetahui pelbagai akta yang telah ditetapkan. Ia penting bagi mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pekerja dalam organisasi. 

Bolehlah cuba belajar semua kemahiran yang dinyatakan di atas. Meskipun agak mencabar, namun ia boleh menjadikan anda sebagai seorang pengurus sumber yang berwibawa pada masa hadapan.