Cuai, Tersalah 'Potong'. Doktor Disaman Lebih RM3 Juta Akibat Salah Sunat
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Cuai, Tersalah 'Potong'. Doktor Disaman Lebih RM3 Juta Akibat Salah Sunat

post by MJ

by MJ

Apr 16, 2022
pada 10:31 PM

Cuai Ketika Bekerja, Doktor Pakar Dan Empat Lagi Disaman Sebanyak RM3.1 Juta Kerana Tersalah Potong

Ditulis oleh - Ikmal

Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan saman Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi. Hasil saman tersebut, pemuda tersebut memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta. Cari kerja di Maukerja tau! 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Empat lagi defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor. Pada 20 Feb 2019, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Feb 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan pemuda tersebut selaku plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tips Penjagaan Luka Anak Lelaki Sunat Cepat Kering | Buletin FM

Gambar Hiasan - Buletin Fm

Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusi ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Dis 2010 adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal di bahagian kemaluannya apabila ia tidak dapat disambung semula. Akibat kecacatan kekal tersebut, plaintif yang berumur 10 tahun ketika kejadian berlaku telah berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebayanya yang lain. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa kesemua defendan telah telah cuai terhadap keadaan yang dialami oleh pemuda itu. Menurut Akhtar, mahkamah telah membenarkan ganti rugi khas seperti yang dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan. Saravanan bagaimanapun berkata pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Seramai tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 22 Sept 2020.