KWSP RM10K? Baik Bayar Hutang PTPTN.. Ini Cara Nak Bayar Hutang PTPTN Guna KWSP
# Gaya Hidup # Pengetahuan Interview # Trending Semasa

KWSP RM10K? Baik Bayar Hutang PTPTN.. Ini Cara Nak Bayar Hutang PTPTN Guna KWSP

post by MJ

by MJ

Apr 19, 2022
pada 6:08 AM

Zaman orang tengah sibuk sibuk nak bawak keluar 10K dari kwsp, baik kita guna duit tu bayar ptptn. Hutang takde, HATI SENANG. betul tak? apa apa pun, nak cari kerja tak susah, dalam Maukerja ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! Rasanya ramai dah tahu kita boleh bayar semua tunggakan PTPTN melalui KWSP, tapi perkara paling leceh bila kita nak bayar semua pinjaman PTPTN yang tertunggak adalah kekangan waktu kerja yang sibuk, kalau nak pergi pada hujung minggu sah-sah pejabat akan ditutup. 

Sebenarnya kita boleh buat secara online, tak perlu kehulu kehilir untuk selesaikan masalah ini di kaunter, korang boleh lakukannya secara online! Cuma pastikan korang memiliki akaun "i-Akaun" KWSP. Ada ini semua settle!

Langkah 1 : Log Masuk Ke Laman Rasmi KWSP

Langkah 2 : Klik Pautan 'Pengeluaran'

Langkah 3 : Klik 'Permohonan Baru'

Langkah 4 :  Baca Penjelasan Dibawah Penjelasan Dibawah

  • Jenis Pengeluaran : Pendidikan
  • Institut Yang Terlibat :  PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
  • Bayar Kepada : Pemberi Pinjaman (Mengurangkan Pinjaman Pengajian)
  • Peringkat Pengajian / Kursus : Diploma/ Diploma Eksekutif / Profesional / Degree / Bachelor / Masters / Phd ( Pilih mengikut peringkat pengajian anda)
  • Permohonan Untuk : Diri Sendiri 
  • 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!
  • Tarikh Pengajian Bermula : (masukkan tarikh anda mula pengajian)
  • Tarikh Tamat Pengajian : (masukkan tarikh  pengajian ditamatkan)

P / S : Anda boleh hubungi talian PTPTN di 03-21933000 untuk mendapatkan tarikh tersebut

Langkah 5 : Klik Seterusnya & Semak Maklumat Peribadi, Isikan Amaun

  • Semak dahulu makluman peribadi, jika ada sebarang perubahan seperti alamat, email, nombor telefon, segera kemaskini
  • Dibahagian bawah sekali 'Maklumat pengeluaran' masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar (pastikan ianya cukup untuk bayar tunggakan)
  • Bahagian 'Rujukan Pelajar' anda boleh hubungi hotline PTPTN di talian 03-21933000 untuk dapatkan info
  • 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Langkah 6 : Klik Pada Butang 'Hantar' 

Permohonan anda mengambil masa satu hari untuk diterima, diproses dalam masa 3 hari dan kemudiannya anda diarahklan untuk membawa lampiran tersebut :

  • SALINAN SIJIL ATAU TRANSKRIP KEPUTUSAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA/MASTER/PHD
  • SURAT PERTUKARAN NAMA KURSUS (JIKABERKAITAN)

Bawa dokumen ini ke kaunter hanya untuk pengesahan cap jari sahaja! Kemudia siap! Tak ambil masa lama pun! Selamat mencuba!