5 Kesilapan Inilah Penyebab Kena 'Disqualified' Masa Interview Tanpa Korang Sedar
# Pengetahuan Interview

5 Kesilapan Inilah Penyebab Kena 'Disqualified' Masa Interview Tanpa Korang Sedar

post by MJ

by MJ

Jun 22, 2022
pada 7:53 AM

Waktu interview, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki korang akan diperhatikan oleh majikan,  segala percakapan, gerak geri, reaksi semua akan diambil kira dalam penilaian mereka. Walaupun korang memunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut, prestasi boleh dikatakan 'tip top' lah! Tapi korang tak terpilih.

Kadang-kadang korang tak sedar apa yang korang buat tu jadi penyebab majikan tak selesa,kalau dia ambil sekalipun mungkin kerja bagus tapi tak selesa dengan perangai korang, itu pun tak bagus juga kan? Boleh wujud isu politik di pejabat dan krisis dek kerana sikap korang yang tak menyenangkan pekerja lain.

Sebagai langkah keselamatan, majikan membuat keputusan untuk 'disqualified' korang terus masa interview. Mereka bukan sewenang-wenangnya nak buat macam tu, mungkin mereka dah banyak lalui situasi begini dan dah cukup masak dengan karenah calon.

1. Bahasa Badan Yang Buatkan Majikan Rimas

Mungkin si majikan tu orangnya lawa atau pun kacak, tak perlu nak bermanja-manja dengan majikan. Selain itu, jangan terlalu banyak sangat goyangkan badan, duduk pada satu posisi, tegakkan badan.

Pastikan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Jangan panjangkan kaki sampai terpijak kasut majikan, kejap sandar kejap membongkok kan badan, mendagu. Itu semua diambil kira tau.

2. Pemakaian Terlalu Santai Sampai Hilang Etika

Kalau korang mohon kerja yang berlandaskan fesyen, ia boleh diterima pakai lagi kalau nak bagi nampak trendy. Tapi kalau dalam bidang-bidang biasa tak perlu 'over' sangat sampai majikan nampak pelik dengan korang. Etika pemakaian juga memainkan peranan penting bagi majikan mengenali personaliti calonnya.

Kami saranankan untuk calon lelaki, cukup hanya sekadar kemeja putih dan berseluar slack gelap serta tali leher dan calon wanita asalkan tidak terlalu singkat, ketat dan memakai kasut yang bertutup. 

3. Handphone Tak Matikan/Silent

Sepanjang pengalaman kami, pernah terjadi apabila seorang calon tidak matikan telefon bimbit sewaktu temuduga dan paling teruk sekali ialah calon tersebut menjawab panggilan itu dihadapan mata majikan. Korang rasa cara tu beradab? Layak tak majikan nak ambil kerja?

4. Cara Bersalaman Dengan Majikan

Mungkin kesilapan ini agak kurang menjadi isu pada majikan jika korang bersalaman terlalu kuat, atau gongcang tangan majikan macam nak putus tangan dia. Tapi akan jadi masalah besar jika tapak tangan korang berpeluh, atau berlekit sebab losyen. Tapi lepas covid ni anggap jelah benda ni dah tak wujud. haha yelah. paling tidak pun kita bersalam yang macam tumbuk tangan tu...

Rasanya semua majikan geli, isu ini akan jadi besar jika anda memohon kerja yang berkomunikasi, contornya macam PR, Marketing atau apa-apa sahaja yang melibatkan berurusan dengan klien. 

5. Sombong

Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada majikan, kebanyakkan calon sekarang macam kurang pendidikan sivik, lepas habis terus pergi tanpa memberikan ucapan terima kasih. Malah ada yang tak senyum langsung!

Kalau majikan ambil calon macam ni bekerja mereka pasti mereka anggap susah sebab calon tu orang yang jenis suka buat ha sendiri, sombong untuk berbual dan ramah bila memerlukan bantuan sahaja. Daripada mereka kena hadap dengan pekerja macam ni, baik mereka tak ambil terus walaupun prestasi bagus.

Mungkin padar dasarnya calon nampak sombong tapi kalau dikenali secara dalaman dia seorang yang baik, hanya disebabkan mimik muka sebegitu majikan dah ada tanggapan lain. Tapi bukan salah mereka, memang lumrah interview adalah saat utama majikan menilai siapa diri calon, itu sebablah betapa pentingnya membuat latihan di hadapan cermin sebelum interview.