Ada Berita Baik Untuk Warga KL 22 Jun Ni. Berita Apa?
# Trending Semasa

Ada Berita Baik Untuk Warga KL 22 Jun Ni. Berita Apa?

post by Aisya

by Aisya

Jun 16, 2016
pada 3:38 AM

Buat mereka yang masing-masing tengah mencongak bila nak cuti tu, ni ada berita baik untuk warga KL! Bagi mereka yang terlepas pandang calendar minggu depan hari Rabu, Jun,22 adalah cuti umum bagi warga kotaraya! Kalau korang tak percaya boleh rujuk portal rasmi Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Sekurangnya tak perlu lah nak tunggu cuti raya baru boleh nak plan berbuka bersama dengan keluarga besar atau kawan-kawan. Jadi rancang lah cuti ni sebaik mungkin.

Sebenarnya warga Kuala Lumpur masih tak biasa dengan cuti umum ni kerana sebelumnya, hanya Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya & Terengganu yang cuti am. 2014, adalah tahun pertama Kuala Lumpur serta Labuan diumumkan cuti. 

Jangan hantar anak pergi sekolah pula

Sayangnya jatuh hari rabu pula, kalau Jumaat terasa lah panjang sikit hujung minggu tu. Hehe.. Buat yang dah lama tak menjenguk keluarga di kampung boleh la ambil masa sehari ni untuk balik sekejap dan berbuka bersama-sama. 

Ibu bapa pula jangan tersilap pergi hantar anak ke sekolah pula Rabu ni. Sekolah tutup tak ada siapa yang rajin nak mengajar anak anda. Huhu.. Selamat bercuti semua!