Perkongsian Ikhlas Bagaimana Netizen Ini Tidak Pernah Gagal 99% Daripada Kesemua Temuduga Kerja
# Pengetahuan Interview

Perkongsian Ikhlas Bagaimana Netizen Ini Tidak Pernah Gagal 99% Daripada Kesemua Temuduga Kerja

post by MJ

by MJ

Jun 29, 2022
pada 8:44 AM

Perkongsian Ikhlas Bagaimana Netizen Ini Tidak Pernah Gagal 99% Daripada Kesemua Temuduga Kerja

Adatlah rezeki masing-masing berbeza kan? Ada yang baru sebulan menganggur dan datang satu temuduga je terus diterima masuk dan ada juga yang sudah hadiri berbelas-belas temuduga tapi tak ada satu pun yang melekat. 

Katakan lah dua orang calon yang berkelulusan sama, pengalaman kerja yang sama datang untuk temuduga kerja, dan hanya seorang sahaja yang terpilih. Mengapa dia dan bukan korang? Mungkin korang akan sedar kesilapan apabila membaca tips ini:

"Sejujurnya, sepanjang 9 tahun dan bertukar 4 syarikat, saya banyak menerima jemputan temuduga di kebanyakan syarikat-syarikat besar dan 99% darinya saya tidak pernah gagal!"

"Jikalau memohon kerja di syarikat swasta, amat disaranankan resume dalam Bahasa Inggeris"

"PDF format nampak lagi kemas dan professional"

"Ada yang guna "sis" ibarat mahu membeli barang online" 

"Sediakan sekurang-kurangnya 3 set resume, dan sijil-sijil fotokopi beberapa set"

"Kebanyakan pejabat-pejabat besar, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pelawat terlebih dahulu"

"Jika anda berkomunikasi melalui whatsapp, sila maklumkan yang ada sudah sampai agar mereka boleh beri arahan"

"Penampilan, postur badan adalah benda pertama yang merekka nampak"

"Jikalau penemuduga ramai, minta maaf sebab tak sediakan lebih"

"Soalan-soalan lazim temuduga adalah 'tell us about yourself'. Masa ni tiada jawapan yang betul, terpulang kepada anda mahu bercerita tentang apa saja"

"Rancangan masa depan juga adalah satu soalan lazim"

"Soalan tempat tinggal ni penting sebab tidak mahu korang jadikan 'traffic jam' sebagai alasan datang lambat setiap hari"

"Elakkan bertanya tentang gaji/benefits dan berkaitan"

"Bila selesai interview, senyum dan salam/jabat tangan sekali lagi, ucap terima kasih"

"Tidak salah untuk anda membuat 'follow up' dengan HR yang berurusan dengan anda bertanyakan keputusan temuduga"