7 Skill Teknikal Yang Sedang Menjadi Buruan Majikan Pada Diri Calon Sekarang!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview # Trending Semasa

7 Skill Teknikal Yang Sedang Menjadi Buruan Majikan Pada Diri Calon Sekarang!

post by MJ

by MJ

Jul 4, 2022
pada 8:09 AM

7 Skill Teknikal Yang Sedang Menjadi Buruan Majikan Pada Diri Calon Sekarang!

Tahun 2022 ini, peluang pekerjaan sangat lah mencabar. Bukan senang tau nak dapat kerja. Berjuta yang menganggur! Tapi tak mustahil juga untuk dapatkan kerja. Benda simple. Ada skills jalan. Dia macam kita bersaign dengan jobseeker lain. Contoh jobseeker A ada degree DEKAN, tapi jobseeker B tak dekan pun, pointer pun biasa biasa. TETAPI, dia ada pengalaman tersendiri macam ada skill extra, contoh macam pandai buat design, ataupun ada lesen certificate microsoft, terer dan mahir gila guna excel. Korang rasa majikan nak ke ambik jobseeker A tadi yang cuma DEKAN sahaja, tapi B datang dengan pakej lengkap walau pointer tak power. Gitulah situasinya. 

Jadi kat sini min nak listkan apa korang patut master untuk tambat hati majikan korang, Bagi min, skills ni macam bunga ros. Majikan tu girlfriend korang. Ibarat korang bagi rose dekat awek, comfirm CAIR!

1. Adobe Photoshop / Canva

Untuk bidang kerjaya yang lebih kreatif seperti suntingan gambar dan grafik, pengetahuan asas photoshop sudah memadai kerana ia merupakan satu keperluan. Tak perlu pening kepala, anda boleh mengambil kurses pendek (short course) atau menyertai mana-mana kelas untuk menguasai kemahiran photoshop ini. 

lagi best kalau korang kerja marketing, tapi boleh buat deisgn, Pakej yang lengkap terbaik jadi rebutan di pasaran. 

2. Micosoft Excel  

Bagi mereka yang ingin bekerja dalam menganalisis maklumat, kewangan. Penguasaan Microsoft Excel sangat penting. Dengan menghadiri kursus ini, anda akan mempelajari asas-asas spreadsheet, menggunakan formula dan segalanya mengenai Excel ini. 

Orang yang terer main formula dekat excel ni sila munculkan diri. Min nak salam cium tangan korang.

3. Bahasa Ketiga (Asing) 

Mempelajari bahasa baharu bukan satu kemahiran yang mudah kerana anda harus bermula dari bawah. Tapi, penguasaan bahasa ketiga akan memberi manfaat yang sangat bernilai dalam diri kerana individu yang mempunyai pelbagai bahasa, dilihat sebagai "multi tasking" dan juga mempunyai memori yang baik!  

Kalau diikutkan, kerja-kerja yang melibatkan berurusan dengan klien, seperti PR, Marketing, agen pelancongan dan sebagainya memerlukan anda untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang luar. Jadi kuasailah kemahiran bahasa ketiga. 

4. Pembangunan Web 

Zamans ekarang. berniaga keropok lekor pun dah ada website. so?

Pengetahuan asas mengenai kemahiran ini sudah memadai untuk menjadikan diri anda sangat 'relevan' untuk pelbagai industri tahun 2022 ini. Hampir keseluruhan industri menggunakan kaedah digital sebagai platform utama dalam membuat pasaran mengenai perniagaan mereka. 

5. Wordpress 

Seperti yang dikatakan tadi, platform digital semakin meluas, jadi pasti mereka mahukan pekerja untuk membuat isi kandungan Jadi, tak kira sama ada anda  editor yang diiktiraf dalam penerbitan digital atau graduan muda, pasaran bidang kerjaya dalam bentuk digital semakin meluas.  Kuasai kemahiran wordpress untuk cemerlang  dalam mengendalikan isi kandungan laman web. 

6. SEO 

(Search Engine Optimization) adalah satu kaedah terbaik seseorang untuk mengukur kejayaan kerjaya melalui click, likes & share. Dengan menambahkan SEO dalam kemahiran anda, ia merupakan satu nilai berharga terhadap diri majikan. 

7. Google Analytics 

Kalau anda mula berjinak-jinak dengan SEO, belajar guna Google Analytics pula. Ia adalah satu langkah bijak, anda  akan belajar cara untuk mengoptimumkan artikel dan kempen yang memerlukan cara untuk merekod dan menganalisis keputusan hasil kerja.