Ramai Yang Salah Jawab Bila Majikan Tanya Soalan  'Why Are You Looking For a New Job?', Lepastu Gagap Pulak Tu..
# Pengetahuan Interview

Ramai Yang Salah Jawab Bila Majikan Tanya Soalan 'Why Are You Looking For a New Job?', Lepastu Gagap Pulak Tu..

post by MJ

by MJ

Jul 6, 2022
pada 7:29 AM

"Why are you looking for a new job?" Soalan nampak macam kacang je kan untuk korang jawab waktu temuduga tapi kalau tersalah jawab, penemuduga boleh beri tanggapan yang positif ataupun sebaliknya pada korang. 

Memang sukar untuk melupakan persekitaran kerja sebelum ini yang sememangnya toksik atau yang kurang seronok, tetapi jika soalan seperti ini ditanya, jangan terlalu cepat berikan jawapan tanpa memikir panjang.

1. Fokus pada matlamat kerja 

Walaupun sebab utama korang mencari pekerjaan lain adalah kerana sejarah hitam di tempat kerja sebelum ini, ianya lebih baik jika korang tak dedahkan pada bakal majikan. Terangkan sebab utama yang dapat korang kaitkan dengan jawatan tersebut. 

2. Berikan sebab positif supaya fokus penemuduga teralih

Banyak sebab mengapa seseorang tersebut nak bertukar kerja. Korang perlu tahu expectation diri terhadap kerjaya yang baru tersebut dalam jangka masa panjang. Apa yang pasti, korang mestilah nak kembangkan lagi kemahiran dengan pengalaman yang ada di dada kan?

3. Jangan lompat cerita walaupun penemuduga mendesak

Jarang sekali situasi begini ini berlaku, namun bergantung juga pada penemuduga. Seandainya korang didesak untuk berikan jawapan yang sebenar, yakinkan penemuduga dengan sebab yang korang berikan pada mulanya. Tak perlu panik, nyatakan bahawa korang mahukan perkembangan kerjaya dalam bidang yang lebih mendalam. Barulah tampak profesional kan?