Silap Besar Kalau Interview Korang Tanya Soalan macam Ni. Auto Gagal Interview Tu Okay!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Interview

Silap Besar Kalau Interview Korang Tanya Soalan macam Ni. Auto Gagal Interview Tu Okay!

post by MJ

by MJ

Jul 5, 2022
pada 5:23 PM

Sewaktu kali pertama berjumpa orang baru, mesti lah kena bagi impression yang paling terbaik korang boleh bagi kan? Bukannya nak suruh jadi fake, tetapi tak kan lah nak tunjuk segala sisi-sisi "jahat" pada kali pertama berjumpa. Kalau korang lakukan sebegini, ianya akan membuatkan orang tersebut menilai korang sebagai kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.

Salah satu situasi yang memang perlu korang elakkan daripada berkelakuan kurang ajar adalah sewaktu temuduga kerja. Korang tak ke nak pikat hati penemuduga, kalau jadi biadap memang lah boleh pikat hati tetapi pikat untuk direject terus adalah. 

1. " Jadi macam mana interview saya? Okay? Dapat kerja tak?"

Ayat sebegini terus membuatkan penemuduga dalam keadaan serba-salah. Jika betul korang mahukan feedback mengenai temuduga tersebut, korang perlu lah tunggu. Mereka akan maklumkan samada melalui email mahupun panggilan telefon. Jangan terburu-buru mendesak orang.

 

2. "Kejap ye, saya nak jawab call ni"

Korang memang serious ke nak jawab panggilan tu? Sewaktu temuduga berlangsung? Betul ni?

 

3. Menggunakan bahasa kesat

Segala kata cacian, makian dan kata-kata kesat korang boleh simpan dalam-dalam ye. Jangan sesekali cuba untuk menggunakan bahasa kesat sewaktu temuduga. Elakkan ayat seperti "Tadi jalan jam macam s***." Amboi penemuduga tu kawan korang ke? Tengah lepak dekat mamak?

 

4. "Dude, girl, yo bro etc"

Tolong elakkan sama sekali. Bukan semua orang suka digelar dengan panggilan cool macam tu. Ini memang sesuatu yang sering kali digunakan oleh calon temuduga. Mereka suka bahasakan diri orang lain sebagai "you guys". Elakkan!

 

5. "Saya dah tunggu lama ni"

Amboi siapa bos sekarang ni? Tahu lah yang korang tu dah tunggu lama untuk sesi temuduga tetapi tidak perlu lah nak bising-bising dekat penemuduga sampai macam tu sekali. Mungkin mereka ada sebab tersendiri dan bukan sengaja nak membuat korang menunggu. Ini satu sikap yang agak biadap tau.

 

6. "Sorry saya ter..lambat sikit"

Oh kalau penemuduga terlambat sikit  pun bukan main korang nak melenting. Tetapi bila korang terlambat pula sampai buat muka kucing comel lagi nak sejukkan hati penemuduga. Ketahui lah bahawa penemuduga itu berkuasa, memang ianya agak double standard tetapi ianya realiti.

Pastikan korang datang tepat pada masanya untuk temuduga dan lagi baik kalau awal sikit. Takpe kalau datang awal, berkorban sikit. Tak manis tau buat orang tertunggu-tunggu.

 

7. "Kalau lah saya tak berapa nak 'go' dengan bos atau colleagues, apa akan terjadi?"

Ianya tak lah bermaksud kalau korang cakap sebegini terus dilabel sebagai kurang ajar. Tetapi agak pelik lah buat penemuduga jika tiba-tiba je korang cakap macam ni kan? Nampaknya macam korang tak boleh bekerja dengan sesetengah orang ke macam mana?

 

8. "Awak dah berkahwin ke? Ada berapa anak? etc"

Jangan sesekali cuba tanya soalan-soalan yang melibatkan hal peribadi ni. Ianya agak biadap untuk melakukan sedemikian. 

 

9. "Company ni sebenarnya buat apa?"

Google, google, google. Ini lah sebabnya Google tu membantu dalam proses mencari kerja. Jangan datang ke temuduga dengan tidak bersedia langsung. Sekali sahaja korang bertanyakan soalan ini, terus penemuduga akan label kan " calon yang tidak professional". Sekarang ni korang nak penemuduga yang berikan jawapan ke?