Penemuduga Terus Batalkan Niat Nak Ambil Korang Kerja Sebab 5 Perkara Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Penemuduga Terus Batalkan Niat Nak Ambil Korang Kerja Sebab 5 Perkara Ni!

post by MJ

by MJ

Jul 8, 2022
pada 8:41 AM

Penemuduga Terus Batalkan Niat Nak Ambil Korang Kerja Sebab 5 Perkara Ni!

Bila korang dapat temuduga. Maksudnya HR tu dah cukup berkenan la dengan resume korang. Takkan la nak panggil orang yang tak layak kan... Tapi kadang kadang dah panggil pun kene reject. Bukan sebab korang tak layak sebenarnya. Sebenarnya korang layak je. Ada satu kes yang mana HR memang suka dengan budak ni, tapi lepas budak tu macam ni dekat HR tu, terus AUTO TAK PANGGIL ye! Korang jangan buat macam ni juga okay!

1. Follow-up Macam Esok Nak Kiamat

Sememangnya follow-up itu perlu dan penting tetapi lakukannya secara berpada. Sebaiknya lakukan follow-up seminggu sekali pun sudah memadai. Kalau lakukan setiap hari pihak penemuduga pun akan naik rungsing dan sudah malas nak layan. Jangan sampai begitu pula tau. Selain itu, lakukan follow-up menggunakan satu platform sahaja, kalau korang hantar email, maka hantar email sahaja. Jangan pula hantar email dan lepas tu telefon HR, dan kemudian fax pula. Itu pun salah satu cara  untuk nak buatkan pihak penemuduga naik berang. 

2. Jangan Gatal Gatal Add HR Dekat Facebook

Ini adalah satu langkah yang ternyata salah sekali. Selepas tamat je sesi temuduga, korang dah tahu nama penemuduga kan, tak perlu lah nak stalk mereke dekat Facebook atau di mana-mana media sosial. Lagi tak diterima apabila korang siap add lagi sebagai friend. Ianya terlampau terburu-buru untuk nak berkawan di media sosial, lagipun tak ramai pekerja yang akan add bos mereka di media sosial. Cukup lah sekadar bos di office sahaja.

3. Expected Salary Berubah Ubah Macam Orang Takde Pedoman

Sewaktu temuduga lagi korang sudah nyatakan gaji jangkaan dan penemuduga bersetuju dengannya. Korang memang sudah capai persetujuan bersama dan apabila penemuduga maklumkan korang berjaya, tiba-tiba je korang ubah gaji jangkaan kepada lebih tinggi. 

Mana boleh macam tu, bila dah capai persetujuan bermakna yang pihak penemuduga sudah menerima permintaan korang dan bila minta gaji tinggi pula memang lah mereka akan teragak-agak untuk ambil korang.

4. Confident Level Pro Dewa

Baru je majikan ajukan 2-3 soalan terus dengan confident nya cakap "Jadi bila saya boleh mula bekerja?" Amboi, penemuduga tak habis lagi tanya semua soalan, korang dah yakin ya? Ramai lagi calon yang tidak ditemuduga lagi jadi macam mana korang boleh yakin 100% yang korang tu calon terbaik? Keyakinan itu penting tetapi biarlah berpada. Terlampau yakin ni penemuduga pun tak berapa gemar. 

5. Pergi Merenyan Dengan Interviewer (cuba cuba tackle)

Jenis menggatal je biasa buat macam ni. Jangan buat. Ni bukan setakan tak jadi ambik, risau makan tengah hari guna straw je...