Gaji Kena Tahan, Management Memang Sengaja Taknak Bayar Sebab Dia Tak Suka Staff Tu... #MauLuah
# Pengetahuan Pekerja # MauLuah

Gaji Kena Tahan, Management Memang Sengaja Taknak Bayar Sebab Dia Tak Suka Staff Tu... #MauLuah

post by MJ

by MJ

Jan 19, 2023
pada 10:54 AM

Gaji Kena Tahan, Management Memang Sengaja Taknak Bayar Sebab Dia Tak Suka Staff Tu... #MauLuah

Kemain ya management taknak bayar sebab tak suka. Kada rasa benda macam ni kecik je. Tapi bila kena kat diri kita sendiri tahulah macam mana kan. Macam ada sorang ni dia luahkan perasaaan yang mana terpaksa berhadapan dengan boss 'miang', gaji yang tak setimpal dengan bebanan dan tahan gaji pekerja ini dah dianggap melampau! Ikuti Luahan beliau. Nak luah perasaan korang boleh KLIK SINI

"Tahan Gaji Pekerja, Pihak Pengurusan Sengaja Taknak Bayar Sebab Dia Tak Suka Staff Tu"

Ada kerja satu pasaraya melayu ni dekat kawasan kampung je. Tapi dah ada 4 cawangan. Rasa bangga lah orang melayu berjaya macam tu. Saya pun mula lah berminat nak kerja dengan pasaraya tu yelah sebab orang kita kan nak tahulah juga apa rahsia dia sampai berjaya gitu. Beberapa tahun lepas saya pergi apply kerja dan di interview dua kali baru lah diterima bekerja.

Lepas je diterima baru tahu yang sebenarnya boss besar adalah pakcik tua yang umur lingkungan 60an. Dia dah serahkan sebahagian pengurusan kepada tiga orang anak-anaknya.

Alhamdulillah pada satu hinggu dua minggu pertama okay je. Tapi lama-lama saya dah rasa lain macam sebab dia takde pekerja lelaki langsung tak tahulah pihak dia yg taknak ambil atau memang takde laki yang apply. So bebanan kerja makin berat kena angkat beras, air mineral, tin-tin, kotak, bakul yang besar tu haa semulah. Saya rasa penat tapi masih boleh tanggung kesusahan tu sebab saya rasa "sikit je nanti dah biasa lah tu"..

Hari berganti hari saya pun kerja dengan gigih dan tekun. Ada sesuatu yang pelik. Anak boss saya (dah tua dahhh) mula nak menggatal sikit2. Memula ingat perasaan je tu. Tapi lama-lama macam rimas menyampah. Dia mula tegur banyak kali. Nak jaga hati kita jawab ala kadar je. Dia cakap hai kita balas "Ye boss. Ada apa?" Pastu lama lama err menyampah. Dahlah dah tua anak empat dah. Aduhhh bila ditanya pekerja lain mereka cakap ada jugak kena macam tu. Tapi tak semua. Saya pun biar je malas layan ahhh

Itu satu hal. Lagi satu hal pasal bayaran gaji dia. Ingatkan zaman 2016 ni gaji sekarang semua tinggi-tinggi. Ye saya mengaku lah saya mungkin demand sangat nak gaji besar tapi dia bayar OT sejam cuma RM3.50 shja. Dahtu bila OT masuk 0730 balik 2230 dikira OT 3 jam setengah sahaja. Kau bayangkan sehari kau OT hanya dapat RM 12.50. Aku dan beberapa pekerja lain mula persoalkan eh kenapa tiga jam setengah je dikira? Penindasan ke apa. Hati mula tak sedap. Bila ditanya member lain berapa ringgit diorang dapat sejam RM 7. buruh kasar kerja tu pun dapat RM 6 sejam (berdasarkan yang saya tanya lah) . Ye memang lah buruh tu berat tapi agak-agaklah kitorg kerja penat juga kot. Janganlah dahsyat sangat sampai macam ni. "Serius tak boleh terima bangun awal pagi balik malam dikira tiga jam stgh je aku kerja lebih masa. Amboi banyak masa aku kau curik suruh kerja tak bayar gaji." WHAT IS THIS !!

Lagi satu hal bila terdengar yang anak-anak boss dah banyak tahan gaji pekerja. Saya tak faham kenapa. Mungkin ada masalah dari pekerja sendiri tapi ada dgr yg pihak pengurusan sengaja taknak bayar sebab dia tak suka staff tu. Entahlah. Saya malas nak fikir. Tapi yang sangat pelik bila pengurusan taknak bayar duit supplier. Ni dah kenapa weh. Dia hantar brg kau taknak bayar. Ehh pelik betei lahh

dan akhirnya saya terfikir. Apa sebenarnya rahsia kejayaan pasaraya ni.. macam-macam perkara dan hal berlaku.  mungkin rahsianya adalah hubungan baik dia dengan orang kampung tapi sekarang anak-anaknya yang uruskan pasaraya tu. Nanti mungkin lepas boss besar tu dah takde lingkup pasaraya tu. Nak report dekat pejabat buruh tapi saya ni pekerja sementara je sebab tunggu panggilan IPT so takde hitam putih nak membuktikan statement saya hmm

Akhir kata ni lah pengalaman saya sepanjang kerja lima bulan lebih dekat situ. Saya belajar banyak perkara.

Boleh kalau nak share tapi jangan dedahkan penulis ye. 
**************************
Terima kasih kerana open untuk share pengalaman kerja

#MauLuah : Luahkan Perasaan Korang - Klik Disini -