Penemuduga Auto Jatuh Cinta Kalau "Fresh Graduate" Tanya Soalan Macam Ni
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Penemuduga Auto Jatuh Cinta Kalau "Fresh Graduate" Tanya Soalan Macam Ni

post by MJ

by MJ

Jul 21, 2022
pada 6:48 AM

Adik adik yang masih dikira fresh grad, mestilah korang meronta pilih lah saya pilihlah saya semasa interview kan. Muka tenang dalam perut siapalah tahu tak gitu kawan kawan semua? Dalam sesi temuduga mestilah kita semua cuba untuk bagi jawapan terbaik yang menarik pasal dah lama sangat menganggur. Tapi sebenarnya, jawapan menarik sahaja tak cukup adik adik sekalian. Korang mestilah menonjolkan diri korang dengan soalan soalan menarik yang boleh membuatkan penemuduga tu terkejut opocot! Tidak dinafikan tindakan ini juga sudah biasa ramai je buat, tapi jenis soalan itu memainkan peranan penting, min yakin 110% ramai calon-calon takkan tanya soalan sebegini kan?

1. " Apa Kriteria Untuk 'Entry-Level' Yang Perlu Ada Untuk Diterima Bekerja Disini?"

Bukan sahaja mudah malah ia juga membantu bahawa majikan percaya bahawa anda benar-benar inginkan pekerjaan tersebut, kadang-kadang apa yang kita 'research' tak semestinya diamalkan di syarikat tersebut. Proses kerja itu pasti berlainan di setiap syarikat walaupun skop kerja yang sama.

Jadi, apabila anda sudah mempunyai gambaran yang jelas, ia pasti memudahka anda untuk mendemonstrasikan kerja tersebut dengan penuh professional walaupun tidaklah sempurna. Anda boleh faham selok belok kerja pada hari pertama. 

2. " Boleh Encik Terangkan Kepada Saya Apa/Bagaimana/Gaya Kerja Atau Dengan Siapa Team & Manager Yang Saya Bakal Kerap Berurusan"

 Penting untuk bekerja di sebuah perusahaan di mana anda disokong oleh bos dan rakan sekerja yang proaktif untuk membantu anda berkembang-terutamanya ketika masih baru. Tiada apa-apa yang memberi impak yang lebih besar ke atas keupayaan anda untuk berkembang daripada mendapat panduan dan tumpuan yang dapat anda dapatkan dari pengurus anda."

ia juga membantu anda untuk mengenali budaya kerja, jadi, perhatikan segala apa yang dijelaskan oleh interviewer dengan kerja anda, fahami sedalam-sedalamnya dan cuba bertanyakan soalan yang lebih teknikal agar majikan dapat meriah kepercayaan daripada anda untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

3. "Kalaulah Saya Diterima Bekerja Disini, Apa Saranan Tuan Langkah Pertama Yang Patut Saya Buat Bila Mula Kerja?"

Memandangkan soalan pertama tadi sudah menunjukkan anda seorang yang berkarisma, soalan terakhir ini akan menguatkan lagi bahawa anda adalah seorang calon yang layak. Ia ibarat sebagai pemangkin gambaran positif anda dalam memainkan peranan pada jawatan tersebut.

 Ia juga merupakan peluang pengumpulan data yang berguna.  Jadi ketiga-tiga soalan ini harus diterapkan dalam mental anda semasa sedang bersedia untuk interview agar sesi tersebut dapat diakhiri dengan lancar dan memberangsangkan.  Itulah cara yang lebih berkesan daripada hanya menjadi calon 'entry-level' yang pasif.

Samada terpilih atau tidak, sekurang-kurangnya anda dah tunjukkan 'effort' bahawa anda seorang yang serius untuk menerpa kerjaya.