HR Fikir 18 Kali Kalau Nak hire Korang Kalau Tersebut 6 Ayat Ni Masa Interview
# Pengetahuan Interview

HR Fikir 18 Kali Kalau Nak hire Korang Kalau Tersebut 6 Ayat Ni Masa Interview

post by MJ

by MJ

Jul 22, 2022
pada 8:30 AM

Proses temuduga ni memang scary betul. Tersalah cakap sikit je dah boleh buatkan korang melepas peluang untuk ditawarkan kerja. Temuduga ni sekali je dan tak boleh diulang-ulang lagi. Jadi pastikan yang korang berikan impression pertama yang memang terus boleh melekat dekat kepala HR dan buatkan mereka jatuh hati serta-merta. Wow begitu!

Penemuduga ni bijak tau nak buatkan korang rasa selesa dan senang untuk berbicara dengan terbuka. Waktu ini lah akan terbongkar segala sikap sebenar korang tanpa disedari. Jaga-jaga, walaupun recruiter ni mungkin nampak macam mesra dan boleh dibawa berkawan, itu tidak bermaksud yang korang boleh selamba je cakapkan apa-apa perkara. AWAS INI ADALAH SATU UJIAN!

Sebelum penemuduga cop "HIRED" di resume korang, jangan sesekali cuba untuk berkongsi 10 informasi ini dengan mereka:

1.  "Saya merancang nak sambung belajar dalam masa terdekat"

Penemudug sengaja je nak pancing korang dengan bertanyakan soalan "Apa rancangan korang dalam tempoh 5 tahun akan datang atau dalam masa terdekat?" Dan waktu ini korang tak boleh nak jujur sangat dan cakap secara terperinci segala rancangan kerjaya korang yang sudah disusun baik punya.

Kalau korang ada pasang angan-angan untuk nak sambung belajar ke peringat lebih tinggi dalam masa terdekat, jangan maklumkan pada penemuduga dulu! Daripada mereka nak tawarkan kerja pada korang terus rasa teragak-agak nak bagi. Ini adalah kerana kalau korang sambung belajar, jawabnya korang akan selalu cuti dan bagaimana dengan kerja

2.  "Tak lama lagi saya nak mulakan syarikat startup sendiri"

Nak bukak startup company sendiri dalam perancangan masaa depan. Okay itu memang bagus tetapi rasanya tak sesuai dengan konteks temuduga kot. Penemuduga akan merasakan yang korang ni hanya mahu jadikan company ini sebagai tempat persinggahan sahaja untuk nak kaut kesemua selok-belok bisnes. Bila dah cukup ilmu semua terus korang berhenti kerja dan mulakan bisnes sendiri. 

Kalau ada terlintas perancangan sebegini, simpan sahaja untuk diri sendiri. Tidak perlu berkongsi dengan penemuduga, mereka tidak perlu tahu pun segala perancangan korang.

3.  "Saya masih lagi dapat duit dari kerja freelance saya"

Segala kerja atau side-income yang korang dapat selama ini JANGAN SESEKALI KONGSIKAN dengan penemuduga. Dalam resume itu tuliskan sahaja ada buat freelance sini-sana tetapi jangan kongsikan yang korang masih lagi melakukannya kerana penemuduga akan rasa was-was adakah korang akan lakuakan kerrja lain sewaktu bekerja? Adakah pendapatan dari kerja freelance korang itu tinggi lagi daripada gaji yang ditawarkan? Semuanya akan membuatkan penemuduga rasa ingin tahu.

4.  "Daripada kesemua kerja, ini je lah kerja yang saya betul-betul nak"

Alaa.. korang ni jangan lah tunjukkan rasa desperate sangat. Korang memang mahukan kerja ini bersungguh-sungguh ataupun sebab tiada tawaran lain dan memang desperate mahukan? Kalau iye korang ada dapat tawaran kerja lain, tidak perlu maklumkan pada penemuduga, biarkan ianya rahsia. 

5.  "Saya terima tawaran gaji yang rendah kalau boleh kerja di rumah 2X seminggu"

Amboi, dia nak berunding dengan temuduga walaupun belum lagi pasti dapat ke tak kerja tu. Boleh pula nak nego gaji rendah tetapi bagi korang bekerja  di rumah sekali sekala. Kalau company itu memang tidak amalkan waktu fleksibel sebegini, bagaimana mahu penuhi permintaan korang? Be rasional sikit. 

6.  "Saya memang dah malas nak job-hunting lagi"

Ini ayat yang penemuduga paling lah sakit telinga nak dengar. Jangan sesekali nak menagih simpati buat muka kesian macam kucing comel semata untuk dapatkan kerja. Jadi kerja ini adalah your last shot lah? Jarang tau penemuduga nak berikan markah kesian dengan calon sebegini. Dan kalau korang nak tahu, dah berpuluh-puluh calon yang datang temuduga gunakan alasan sebegini agar diterima. 

Pastikan korang tidak sesekali ungkapkan 10 ayat ini sewaktu temuduga. Daripada penemuduga dah bersedia pegang cop HIRED atau LULUS tu terus mereka berhenti disebabkan daripada ayat yang keluar dari mulut korang. Penemuduga yang lagak sempoi dan mesra itu tidak berikan green light untuk kornag anggap mereka sebagai best buddy. Ianya adalah satu ujian untuk lihat sejauh mana korang ni real dan tidak berpura-pura.