Tak Tahu Nak Jawab “Kenapa Berhenti Kerja Lama?” Ini Koleksi Jawapan Yang Boleh Buat HR Nak Ambil Korang Bekerja!
# Pengetahuan Interview

Tak Tahu Nak Jawab “Kenapa Berhenti Kerja Lama?” Ini Koleksi Jawapan Yang Boleh Buat HR Nak Ambil Korang Bekerja!

post by MJ

by MJ

Jul 27, 2022
pada 8:53 AM

Tak Tahu Nak Jawab “Kenapa Berhenti Kerja Lama?” Ini Koleksi Jawapan Yang Boleh Buat HR Nak Ambil Korang Bekerja!

Masa interview ni lah HR atau interviewer akan menilai korang habis-habisan. Dari segi punctuality, kekemasan, resume, cara bertutur dan cara menjawab soalan.  Dalam banyak-banyak soalan temuduga, soalan “Kenapa Berhenti Kerja Lama?” Atau “Why did you leave your last job?” lah antara soalan yang paling tricky. Dekat sinilah majikan nak tengok tahap kejujuran dan ke professionalan korang tau. 

Kat sini min senaraikan jawapan yang boleh korang guna untuk jawap soalan ini dengan cara berhemah.

Koleksi jawapan:

Ingin bertukar sektor industri

Sesuai digunakan kalau korang memang beralih ke sektor yang berbeza dari syarikat sebelum ini.

Misi syarikat tidak selari dengan value korang

Korang boleh gunakan alasan ni kalau korang dah takboleh nak “carry” misi syarikat sebab ianya bercanggah dengan pendirian korang. Contohnya syarikat korang suka buat program yang mencemarkan alam tapi korang ni pencinta alam tegar. 

Nak cari syarikat yang boleh bagi manfaat yang lebih baik kepada pekerja.

Alasan ini common dan selalu diguna pakai oleh mereka yang baru pertama kali nak job hopping. Sebelum guna alasan ni, korang make sure dulu yang staff benefits di syarikat baru itu lebih menarik dari syarikat lama korang tau!

Job scope kerja diubah sesuka hati

Min tahu ramai je yang alami situasi ini terutamanya fresh graduate. Majikan ikut suka hati je ubah sebab tengok kita ni perform sangat. Kalau korang nam berhenti disebabkan ini, korang boleh bagi jawapan ni. 

Nak ubah “career path”

Jawapan ni lebih kurang macam jawapan nombor 1 tapi lebih spesifik. Korang tahu yang diri korang ada kemungkinan lebih perform dalam career baru, jadi korang pun nak mencuba.

Cukuplah dulu 5 template jawapan min bagi. Nanti banyak-banyak korang pening pulak. Yang penting bila jawap soalan ni, pastikan korang tidak sesekali memberi pandangan buruk tentang syarikat lama atau diri korang tau!

Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD