Peluang Dapat Kerja Tinggi Kalau Tanya Soalan Ni Semasa Interview. Sejuk Hati HR Tengok Korang!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Peluang Dapat Kerja Tinggi Kalau Tanya Soalan Ni Semasa Interview. Sejuk Hati HR Tengok Korang!

post by MJ

by MJ

Aug 4, 2022
pada 8:40 AM

Biasanya dalam interview ni dia ada macam seksyen dia. Pengenalan, sembang pasal teknikal kemudian pasal gaji dan benefit. Apa yang admin boleh nasihatkan, cuba untuk fokus kan diri kepada teknikal dahulu. Cuba sebaik mungkin untuk tambat hati penemuduga tersebut dengan skills yang korang boleh bagi. Haaa baru lah boleh sembang gaji selepas tu! Sebagai contoh, yakinkan mereka yang kita betul-betul nak kerja disitu sampai mereka teruja, barulah kita bincang pasal bab gaji.

Itulah kunci rahsia nak dapat kerja sebenarnya, ramai yang main langgar terus tanya bila nak dapat kerja lah, kerja berapa hari lah, cuti bila lah, bonus lah, itu semua patut simpan dulu. Jangan gelojoh sangat sebab itu lah banyak majikan kurang 'hire' orang macam tu sebab tak tanya 3 jenis soalan ni semasa interview!

Cuba tanya soalan ni sebelum sembang pasal gaji:-

1. Lapor Diri & Kerjasama Dengan Siapa?

Biarpun nama dan agenda jawatan itu sama, tapi setiap syarikat akan ada proses mereka bekerja sendiri. Itu sebablah orang berpengalaman akan janggal dengan 'work flow' di tempat kerja baru kerana dah terbiasa dengan cara di tempat kerja lama.

Namun sebagai orang yang sudah mempunyai kemahiran, soalan inilah patut diajukan kepada mereka untuk kefaham anda bila diterima bekerja. Majikan pun suka dengar. Bagi graduan muda pula cuba fahamkan dan amati betul-betul, buat persediaan mental supaya kerja mudah dilakukan.

2. Tanya Soalan Mengenai KPI

Semua jenis kerja ada KPI mereka tersendiri, dan mungkin orang berpengalaman akan faham apa yang dimahukan mengikut skop kerja. Ini menunjukkan yang anda memang dah betul-betul yakin dan berminat dengan jawatan tersebut. Pendek kata, macam acah-acah nak tanya tips lah apa yang kita boleh buat untuk capai KPI tu. Oh ya! Jangan lupanya apa KPI tersebut.

3. Kriteria Yang Sesuai Pada Diri Calon Untuk Jawatan Tersebut

Nampak macam soalan mudah kan? Sebenarnya tak! Kadang-kadang ada kerja yang memerlukan kita untuk berkorban lebih masa, contoh amcam penulis ataupun wartawan yang mahukan pekerjanya sentiasa 'on-time' dan 'sense of urgency' yang kuat. Kriteria-kriteria dalam iklan kerja tu kadang-kadang masih tak cukup. Jadi tanya betul-betul, ia bertujuan untuk diri anda juga, kalau rasa tak boleh 'adapt' dengan cara kerja mereka, boleh lah tolak awal-awal.


Dengan menggunakan Teknologi AI, kini pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!

KLIK SINI