Petanda Korang Dah Patut Berhenti Kerja Bila Ada 8 Tanda Ni
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Petanda Korang Dah Patut Berhenti Kerja Bila Ada 8 Tanda Ni

post by MJ

by MJ

Aug 3, 2022
pada 11:44 PM

Siapa sini yang tengah dilema nak berhenti ke tak? Nak berhenti tapi hutang bertimbun! Tapi kerja dah tak seronok macam dulu. Almaklumlah, banyak reason nak berhenti. So jom tengok kenapa patut resign - 

1. Kerja Sehingga Hilang Keseimbangan Hidup

Korang perlu pertimbangkan untuk mula mencari kerja baru jika kebanyakan masa korang akan dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga. Apabila korang perlu bekerja lebih masa setiap hari atau pada hujung minggu sehingga tiada masa bersama keluarga mestilah korang merungut dan berasa kusut apabila balik rumah tu.

2. Tidak Ada Peluang Untuk Menonjolkan Bakat Korang

Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’ kebolehan korang walaupun korang telah berusaha bersungguh-sungguh?

Semua cadangan korang tidak pernah diterima pakai  dan korang juga tidak dapat kenaikan pangkat walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan?

Jangan buang masa korang dan pergilah tempat yang boleh memberikan korang peluang-peluang tersebut.

3. Tidak Ada 'Passion' Terhadap Kerja Tersebut!

Korang mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun pagi  setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang korang tidak suka.

Perasaan bosan di mana apabila bekerja korang lakukan ala kadar sahaja. Untuk berjaya dalam kerjaya, korang perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji. Betul tak?

4. Tidak Suka Dengan Rakan Sekerja Atau Boss

Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam mana-mana syarikat. Korang perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu.

Namun jika ianya melampau dan melarat, dan korang tidak nampak sebarang penyelesaian lain, rasanya eloklah korang angkat kaki dari situ.

5. Mula Benci Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Dan Jumaat!

Dan hari yang paling ditunggu-tunggu ialah Sabtu dan Ahad sahaja.

Jadi, jika korang ada terpalit beberapa ciri kat atas ni, sila fikirkan semula kehendak korang untuk terus bekerja atau berhenti sahaja. Mana tahu rezeki korang ada di tempat lain pula.

Kadang-kadang kita kena berani cari peluang baru untuk jadikan hidup kita lebih bermakna.

6. Hilang Motivasi

Walaupun korang sayang syarikat, bos, dan rakan-rakan sepejabat, tiada guna kalau korang benci akan kerja korang tu. Perasan suka dan motivasi semasa membuat kerja tu lah rahsia kejayaan.

Kalau korang rasa tak minat dan bosan, sudah tiba masa korang menilai semua laluan kerjaya korang!

Ini juga salah satu tanda korang perlu mencari pekerjaan baru. Terutama sekali jika korang dapati prestasi syarikat makin maju dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja.

7. Rasa 'Bosan' Bila Masuk Kerja

Kalau awal-awal kerja dulu, gigih gosok baju kerja setiap malam sebelum tidur. Tapi sekarang, habiskan masa setengah jam fikir nak pakai baju apa.

Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan kehidupan korang, ada baiknya korang cari pekerjaan baru.

Ia juga boleh menjejaskan kesihatan korang secara fizikal atau mental malah lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.

8. 'Paksa' Diri Demi Memenuhi Kerja!

Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang korang rasa salah tetapi korang ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak kerja.

Contohnya jika syarikat korang jenis yang mengamalkan rasuah untuk mendapatkan kontrak ataupun korang perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan walhal korang bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu!


Dengan menggunakan Teknologi AI, kini pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda! 

KLIK SINI