Senarai Pekerjaan Yang Tak Payah Pendidikan Tinggi Tapi Gaji Masyuk!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Senarai Pekerjaan Yang Tak Payah Pendidikan Tinggi Tapi Gaji Masyuk!

post by MJ

by MJ

Aug 7, 2022
pada 10:05 AM

Adik adik yang baru sahaja habis SPM dan mungkin takde rezeki nak sambung belajar. Jangan pernah putus asa okay. Ini adalah aritcle yang korang jangan fikir kita suruh awak semua tak sambung belajar. BUKAN SAMA SEKALI. Min sedar trend ni. Ramai anak muda lepas SPM taknak sambung belajar. Jangan okay! Ilmu takkan pernah habis. Jadi belajarlah! Dekat sini min cuma nak suggest kepada sesiapa yang takde rezeki nak sambung belajar. Korang boleh cuba ceburi bidang pekerjaan ni sebab gaji yang ditawarkan sangatlah masyuk!

So kat sini kitorang cuba kongsikan 10 kerjaya yang boleh memberi pulangan yang lumayan walaupun tanpa memiliki ijazah. Antaranya ialah:

1. Agen Insuran

Bagi membolehkan korang bergelar agen insuran, korang perlu lulus ujian kelayakan untuk menjadi penasihat kewangan. Tak susah pun! Min dah try, and senang je nak lulus! Antara syarikat insuran yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Aia, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Walaupun ramai antara kita yang sedikit rimas dengan agen insuran ni, tapi korang tahu tak sebenarnya ramai yang dah berjaya malah bergelar jutawan melalui bidang ini.

Senarai Jawatan Kosong Agen Insuran Gaji Cecah RM5,000 - RM10,000!

2. Agen Hartanah

Korang pernah dengar tak gelaran Broker Rumah atau Broker Tanah? Haa kita sering dengar gelaran ni berbanding ejen hartanah kan? Untuk pengetahuan korang, bekerja sebagai agen hartanah boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Korang hanya perlu memiliki sijil perakuan untuk menjadi ejen hartanah yang profesional je dan korang dah boleh mengaut keuntungan yang sangat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang mendapat untung menjangkau RM50,000! 

Senarai Jawatan Kosong Agen Hartanah

3. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa, semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. Namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

4. Pemain Bola Sepak

Korang yang ada bakat tu cuba cuba lah masuk industri ni okay. Siapa je main bola sepak gaji ratus ratus ribu. Lagi mahal tahu tak!

5. Wireman

Tugas wireman adalah untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan dorang mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

6. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah). Walaupun kerjaya sebegini berbahaya kerana korang akan bermain dengan elektrik bervoltan tinggi, namun ianya memberi pulangan yang lumayan!

7. Operator Tower Crane

Korang tahu tak operator tower crane antara salah satu pekerjaan dengan gaji termahal ditapak pembinaan. Percaya atau tidak, gaji operator-operator ni basic pun dah RM4,000-RM5,000 sebulan, tapi kebiasaanya dorang memang akan selalu overtime sebab nak siapkan projek cepat, jadi gaji diorang ni boleh cecah RM10,000 sebulan tau.

Sebenarnya Sijil, Diploma, Ijazah bukan la penentu kejayaan hidup seseorang. Yang paling penting ialah disiplin, usaha, kerja keras dan tak mudah putus asa adalah kunci yang membawa korang kepada kejayaan. Ada PHD sekali pun kalau dah pemalas tak guna jugak! 


Dengan menggunakan Teknologi AI, kini pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!

KLIK SINI