34 Tahun Kerja Tak Pernah MC, Korang Mampu?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

34 Tahun Kerja Tak Pernah MC, Korang Mampu?

post by MJ

by MJ

Aug 8, 2022
pada 2:09 PM

34 Tahun Kerja Tak Pernah MC, Korang Mampu?

Baru baru ni min ada terbaca new dekat twitter yang mana ada seorang lelaki pesara dari TNB menunjukkan pengiktirafannya yang tidak pernah ambil MC sepanjang bekerja. Beliau bernama Kamaldin Mohd. Abdullah berumur 71 bersara pada bulan 8, 2007 dan ketika ini sudah genap 15 tahun dia meninggalkan kerjayanya.

Katanya lagi semasa ditemuramah wartawan kosmo - “Mahu mohon cuti akibat sakit gigi atau kepala, motosikal rosak, demam serta batuk pun tidak pernah termasuklah ketika terlibat kemalangan waktu bekerja.

“Inilah namanya sema­ngat perjuangan yang ditanam dalam diri. Memang kena ada minat untuk bekerja selain niat baik bantu keluarga.”

Kepada yang tengah bekerja boleh jadikan ini sebagai batu loncatan untuk korang terus semangat dalam mencari rezeki. Lagi lagi abang abang rider yang kerja siang malam tu!

“Orang sekarang (pekerja swasta dan kakitangan kerajaan), lenguh sikit-sikit pun ambil cuti sakit, hujan lebat, pening lalat, motorsikal tayar pancit juga ambil cuti. Tak payah manja-manja sangatlah."

Tak dinafikan kita ketika ini sedikit selesa, dengan kelebihan boleh ambil MC, cuti emergency dan sebagainya. 

“Orang muda misalnya, kena ada semangat dan minat untuk bekerja. Jangan banyak akal. Ambil cuti sakit akan menyusahkan rakan pejabat lain. Jika hendak maju, kena buang sifat malas dalam diri,” nasihatnya lagi.

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!

LETAK RESUME DISINI