"What's Wrong With Your Daughter?" Budak 10 Tahun Diarahkan Untuk Turun Daripada Pesawat Kerana Rupa Fizikalnya
# Trending Semasa

"What's Wrong With Your Daughter?" Budak 10 Tahun Diarahkan Untuk Turun Daripada Pesawat Kerana Rupa Fizikalnya

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2016
pada 4:40 AM

Pengalaman seorang ibu kepada anak kecil yang berumur 10 tahun berubah kepada pengalam paling buruk sekali dalam hidupnya apabila flight yang sepatutnya dinaiki ditahan oleh krew dan diminta untuk keluar semula. Selalunya kes-kes mcam ni berlaku kalau penumpang boleh memberi ancaman kepada penumpang lain dan sewaktu dengannya. Tapi budak yang baru je berumur 10 tahun, apa  je yang ancaman yang dia boleh buat sampaikan ibu ni bertindak dengan menulis surat ini?

Surat terbuka kepada Tony Fernandes

Surat terbuka ini telah dikongsi oleh The Singapore Daily dan menceritakan bagaimana keluarga ini sepatutnya menaiki pesawat AirAsia flight QZ508 dari Bali ke Singapore pada hari Sabtu, 9 April jam 6:30 petang tetapi terpaksa ditangguhkan kerana tidak dibenarkan masuk. 

Anak mengalami masalah genetik kulit

Hati ibu mana yang tak sedih, bila orang ramai mempertikaikan keadaan fizikal anaknya sebagai satu masalah yang boleh berjangkit pada orang lain. Kanak-kanak kecil itu, Aliya dilahirkan dengan keadaan genetik kulit yang jarang berlaku, dipanggil Ichthyosis. 

Untuk 10 tahun ibunya cuba untuk mengajar anaknya yang kecantikan itu bukan pada rupa, dan membina keyakinan diri bukannya senang dan mengambil masa yang lama. Dalam sekelip mata sahaja, keyakinan seorang budak kecil diranapkan sebegitu sahaja.

"Excuse, what is wrong with your daughter?"

Siapa jangka, pengalaman terburuk dia adalah apabila berurusan dengan syarikat penerbangan ini apabila krew mengarahkan Aliya untuk meninggalkan pesawat kerana risau penyakit ini akan berjangkit pada orang lain. Ibu ini menceritakan bagaimana krew mengarah mereka dengan begitu biadap sekali.

Selepas berberapa minit cuba untuk menjelaskan situasi anaknya kepada krew cabin tersebut, krew-krew bertindak mengambil keputusan dengan menyuruh keluarga ini untuk meninggalkan pesawat atas alasan boleh memudaratkan penumpang lain.

"You are discriminating against her because of how she looks?"

Ternyata salah benar tindakan krew itu membuat keputusan tanpa siasat terlebih dahulu. Boleh je dia minta medical document dari ibunya dan minta penjelasan adakah keadaan kesihatan anaknya membolehkan dia menaiki pesawat. Doktor tidak akan sewenang-wenangnya membolehkan pesakit untuk menaiki pesawat tanpa diperiksa terlebih dahulu. Tambahan pula dalam kes ini, adalah masalah genetik bukannya penyakit berjangkit.

Nasi sudah menjadi bubur..

Kasihan budak tu diperlakukan sebegitu sekali. Aliya menangis dan bertanyakan kepada ibunya adakah mereka mengejek keadaan fizikalnya. Hmm.. ada betulnya ibu ini bertindak dengan menulis surat terbuka kepada CEO terus. Benda boleh dielakkakn kalau pihak cabin bertanyakan dengan baik dan tanpa terburu-buru membuat keputusan.