Kesilapan Dalam Resume Yang Tak Boleh Dimaafkan. HR Geram Je Baca...
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kesilapan Dalam Resume Yang Tak Boleh Dimaafkan. HR Geram Je Baca...

post by MJ

by MJ

Aug 15, 2022
pada 7:39 AM

Salah grammar, eja pun salah, resume macam tongkang pecah berterabur, gambar macam nak gi konsert, dan macam macam lagi kita dah pernah share sebelum ni. Tapi sebenarnya ada lagi 5 benda yang buat HR rasa geram je nak marah bila baca resume korang..

Grammatical error, ejaan salah, tidak teratur, gambar dan lain-lain kesilapan yang pernah kita kongsikan sebelum ini adalah kesalahan yang paling ketara dan boleh dilihat dengan mata kasar. Sudah semestinya akan mendatangkan rasa jelak pada majikan terhadap calon-calon. 

Cuba korang buka balik resume korang and cek. kot kot boleh betulkan ke!

1. Ulangi Ayat/Benda Yang Sama

Mengulangai frasa yang sama dalam satu ayat boleh membuatkan majikan naik pening bila baca resume. Korang harus faham bahawa, majikan tugasnya bukan untuk temuduga sahaja, banyak kerja yang mereka lakukan sehingga mereka jadi kusut, ditambah lagi dengan kekusutan yang korang lakukan.

Tanpa fikir panjang, majikan akan berhenti baca resume dan hanya tunggu masa sesi interview berakhir. Jadi, cuba pelbagaikan penggunaan ayat dan frasa dalam isi kandungan resume tersebut. Luangkan sedikit masa untuk memastikan semuanya sempurna, jangan fikir siap sahaja.

Selain itu, jika kerja lepas korang dalam bidang yang sama. Cari beberapa kelainan dalam pencapaian yang diterima, jangan copy paste sahaja.

2. Resume Padat Penuh Dengan Teks

Terlalu banyak teks dalam resume juga adalah penyebab majikan rasa berat hati membacanya. Takperlu ada penjelasan yang melampau, hanya pastikan resume ringkas dan padat. Tetapi ingat! Jangan main letak sahaja sehingga ada ciri-ciri yang tiada pada diri korang. Buruk kesannya apabila waktu kerja nanti.

3. Resume Terlebih Kreatif Sampai Sakit Mata

Mesti pelik kan? Memanglah resume kreatif macam infografik itu bagus, tapi jangan 'hias' resume itu melampau. Ubah font, warna yang terlalu terang sehingga menyukarkan majikan membaca resume korang. Mungkin boleh diterima pakai, kalau kerja yang dimohon itu berkaitan dengan grafik, pengiklanan dan sebagainya. Tapi jika dalam korporat, ia langsung tak membantu kalau isi tak ada.

4. Sorok References

Meletakkan "available upon request" membuatkan majikan rasa bahawa korang ini seorang yang pasif, ada segelintir majikan menitik beratkan terhadap rujukan korang. Jadi, lebih elok kalau letak nama pensyarah, majikan lama atau sesiapa yang berkaitan dengan pelajaran dan pekerjaan lepas.

5. Tayang Akaun Media Sosial

Boleh diterima pakai kalau kerja korang itu ada bersangkut paut dengan media sosial, tapi bukan dalam bidang lain. Mungkin selama ini korang seringkali mendengar bahawa majikan akan cuba selongkar akaun media sosial untuk melihat kelakuan calon-calonnya, jadi korang buat persiapan awal untuk private kan semuanya dan rasa yakin untuk biarkan mereka semak. 

Tanggapan korang sebenarnya dah salah, majikan sebenarnya tak berminat nak tahu pun sebab belum tentu mereka minat dengan korang untuk bekerja dengan mereka. Tambahan pula, mereka boleh cari sendiri jika mahu, jadi tugas korang hanya privatekan apa yang patut dan tak perlu tayang akaun di dalam resume.


Haaa dah ada resume cun, cantik sekali korang boleh cuba Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!