Kalau Syarikat Tu Ada 4 Ciri 'Obvious' Ni, Sebenarnya Dorang Adalah Scammer!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kalau Syarikat Tu Ada 4 Ciri 'Obvious' Ni, Sebenarnya Dorang Adalah Scammer!

post by MJ

by MJ

Aug 15, 2022
pada 9:01 AM

Dalam dunia yang sedang mendesak ni, dengan semua tengah mencari kerja. terdesak buat apa saja asalkan dapat kerja, mesti akan ada sesetengah individu akan mengambil kesempatan terhadap situasi seperti ini. Mereka akan buat apa sahaja untuk scam individu yang terdesak nak cari kerja. Macam mana nak tahu kalau sesuatu kerja tu sebenarnya scam? Zaman sekarang ni bukannya boleh percaya dengan iklan kerja yang bersepah di internet tu. Silap satu langkah je korang berpotensi untuk ditipu dan mungkin juga melibatkan duit.

Untuk nak elakkan diri korang tu tertipu sewaktu mencari kerja, ikuti 4 langkah bijak ini sebelum memberi sebarang keputusan. Berhati-hati korang!

1. Kena keluar duit untuk ditawarkan kerja

“Kalau cik nak kerja di sini, kena bayar dulu deposit RM300 untuk kami nak process permohonan cik.” Tak pernah pula dibuatnya orang kena bayar sebarang yuran semata nak dapatkan kerja. Korang cari kerja nak dapatkan gaji, tetapi ini kena keluarkan duit pula atas syarat-syarat tertentu. Kalau jadi sebegini, tak perlu nak soal banyak-banyak katakan sahaja TIDAK kerana sudah pasti kerja itu adalah scam! Jangan tertipu pula. Kalau taknak kene tipu, korang guna jelah Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda! LETAK RESUME DISINI

2. Kaji Selidik Latar Belakang Syarikat

Ada iklan kerja kosong di Facebook dan korang pun semangatnya komen “PM.” Senang macam tu je mereka tawarkan kerja kosong tanpa selidik pun dahulu mengenai syarikat tersebut. Sudah la tiada website syarikat, bila Google tak keluarkan pun nama syarikat dan alamat pun tak boleh pakai.

Ada potensi korang ditipu dan kalau memang wujud pun mesti kerja tersebut indah khabar dari rupa je. Jaga-jaga!

3. Alamat email yang amat amatur

Kebiasaannya setiap syarikat akan ada alamat domain mereka sendiri yang nampak professional. Jika alamat rasmi syarikat tempat korang mohon tu masih menggunakan free account seperti Yahoo, Hotmail atau Gmail, ini adalah satu petanda yang mereka adalah scammer.

4. Tak perlu interview pun dah dapat offer?

“Cik diterima untuk jawatan sekian, sekian. Tahniah!” Eh senang macam tu je terus dapat tawaran kerja? Peliknya sebab baru je hantar resume, call untuk interview pun tidak apatah lagi bagi sebarang assignment untuk nak test out kebolehan.

Bertambah pelik lagi apabila korang tak ada pun mohon kerja tersebut dan tiba-tiba je dapat call. Awas! Korang mungkin terperangkap dalam kerja yang scam. Mana ada zaman sekarang ni senang macam tu je dapat kerja. Sekurangnya mesti kena lalui temuduga kan?


Jangan sampai kene scam okay, kalau taknak kene scam gunalah Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!