Dijamin Dapat Kerja Kalau Berjaya Jawab 2 Soalan Temuduga Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Dijamin Dapat Kerja Kalau Berjaya Jawab 2 Soalan Temuduga Ni!

post by MJ

by MJ

Aug 24, 2022
pada 9:59 AM

Peratus untuk korang ditanya soalan yang sama dalam satu-satu temuduga adalah sangat tinggi! Sebab dah selalu sangat dengar soalan yang sama berulang kali korang mungkin dah boleh 'Letak tangan di dada, mata keatas'  tapi jangan la buat macam ni kat depan penemuduga. Naya weh!

Biasanya korang akan dapat soalan-soalan macam ni masa temuduga:

  • 'Beritahu saya tentang diri anda.'
  • 'Di manakah anda melihat diri anda dalam tiga tahun? Lima tahun? Sepuluh tahun?'
  • 'Kenapa kami perlu mengambil anda bekerja?'
  • 'Kenapa awak berhenti daripada kerja sebelum ini?"
  • 'Kenapa awak nak kerja ini?'

Dan ini pula adalah soalan PENTING yang selalu ditanya kat korang, tapi masih ramai yang tak tahu cara yang tepat dan betul untuk jawab soalan ni.

  • 'Apakah kelemahan anda?'
  • 'Apakah kekuatan anda?'

Ini cara untuk jawab 'Killer Question' ni dengan penuh gaya dan berjaya! Jom hadam.

Apakah kelemahan anda?

Cara terbaik untuk korang hadap soalan yang macam ni adalah dengan beritahu kelemahan yang positif yang korang tengah cuba untuk atasi. Sebab soalan ni akan mencerminkan kejujuran dan kecenderungan korang untuk berubah menjadi lebih baik. Benda ni akan kurangkan keraguan dalam minda penemuduga dan membangkitkan keyakinan apabila melihat integriti dalam diri korang sebenarnya.

Ini beberapa panduan yang boleh korang rujuk sebagai 'Quick Review'. Korang juga boleh berlatih di hadapan cermin atau sesapa yang korang selesa.

  1. Nyatakan kelemahan anda.
  2. Jelaskan dengan lebih mendalam dan bagi contoh khusus macamana kelemahan korang boleh memberi kesan terhadap diri dan kerja korang.
  3. Akhiri jawapan korang dengan beberapa pandangan tentang bagaimana cara mengatasi atau menangani kelemahan tersebut. Ini membolehkan majikan korang yang berpengalaman tu tahu yang korang ni sejenis yang komited dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan mampu menyelesaiakan sebarang masalah yang dihadapi.

Apakah kekuatan anda?

Leih kurang sama macam soalan kelemahan, korang kena tengok bahagian bidang tugas untuk jawatan yang korang mohon tu dan jangan lupa untuk bagi contoh yang berkaitan dengan kerja tersebut.

Pilih kekuatan yang spesifik yang akan melayakan korang dapat kerja tu, kaitkan serapat mungkin. Tapi lakukan dengan keseimbangan, rendah diri dan keyakinan dalaman bukan dengan penuh angkuh, sombong lagi bongkak tau!

Ini beberapa perkara yang korang boleh rujuk untuk bagi jawapan kekuatan serta praktikkan 

  1. Jelaskan kekuatan korang
  2. Nyatakan dengan lebih mendalam dan bagi contoh khusus macamana kekuatan korang boleh membezakan korang dengan calon lain. Ingat! Jangan jawap dengan nada yang sombong atau nak tunjuk bagus
  3. Akhiri jawapan korang dengan nyatakan bagaimana korang akan komited dan menyumbang kepada syarikat jika korang diterima bekerja di syarikat mereka. Dan jadi salah serorang pekerja hebat seperti orang yang temuduga korang tu.

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!