Fresh Grad Wajib Belajar 'Basic Microsoft Words Ni', Senang Nak Buat Kerja Nanti!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Fresh Grad Wajib Belajar 'Basic Microsoft Words Ni', Senang Nak Buat Kerja Nanti!

post by MJ

by MJ

Aug 25, 2022
pada 3:29 PM

Biar tak hensem, tak lawa. Janji microsoft word basic macam ni tahu! Words ni sebenarnya alat yang sangat ‘powerful’ kerana di alam pekerjaan pun anda akan menggunakannya. Jadi mari kita belajar sama-sama tentang basic yang perlu anda mahir, AT LEAST!!

1. Format

Ok first skali mestilah set up format dulu kan kalau tak nanti report tak kemas hehe. First kita pergi ke Layout> Margins> Custom Margins > Left 3.5cm, Right, Top, Bottom 2.5cm.

Ok second, dalam report kita mesti ada bahagian-bahagian tertentu kan seperti Tajuk, Chapter 1, Chapter 2 dan bla bla bla. Jadi sebelum kita mulakan penulisan report adalah digalakkan apa yang kita nak tulis dalam report. Kena fikir dan listkan dulu. Kalau dah tahu, jom kita buat ‘Style’. Bawah setiap bahagian pasti ada isi-isi ataupun contents kan jadi kita buat style contents dulu.

 

Right click style ‘Normal’ > Modify

 

Set seperti gambar di bawah Font: Times New Roman, Size: 12, Justify, 1.5 spacing, Colour: Black

 

Sekarang anda dah ada style contents (pergh macam Naruto pula dapat belajar jurus ninja). Seterusnya, kita nak create style yang lebih besar iaitu CHAPTER. Cara dia macam ni haaaa:

Pergi ke Style Bar tu. Nampak tak ada arrow kembar? Click dan pilih “Create a Style” (Hehehe kita belajar jurus yang baru pulak). Satu kotak akan muncul dan anda perlu namakan jurus ninja anda yang baru errrr bukan, nama style yang anda nak contohnya ‘Chapter 1’ lepas namakan jangan tekan ‘ok’ dulu tekan ‘Modify’.

Haaa di sini anda perlu setting ikut yang standard.

 

Rujuk gambar.

 

Ok guys, sekarang ni kita dah pandai create style jadi saya cadangkan kita plan dulu apa subjek dan content yang kita nak masukkan dalam report. Ini hasilnya (tadaaa):



 

Haaaaa ikut macam atas ye ini yang standard kalau ada kiteria lain boleh setting sendiri lah ye hehe.

 


 

2. Ruler & Page Break

Ok guys ini pun bahagian yang penting ye selalunya kalau kita nak samakan kedudukan suatu perkataan dengna perkataan lain mesti kita akan space, space, space je kan? Ish ish ish jangan begitu dong. Mari kita belajar ‘Ruler’ haaaa mula-mula pergi ‘View’ dan tick ‘Ruler.'

 


Haaaa benda ni akan keluar dekat atas page anda

 

Jadi apa guna Ruler atau Pembaris ni? Bukan pembaris yang lagi satu tu ye hehehe. Ok nampak tak huruf ‘O’ daripada ‘Ok guys’ tu? Sekarang kita nak samakan kedudukan ‘O’ dengan ‘R’ daripada perkataan ‘Ruler’ jadi apa kita buat?

 

 Kita gunakan cursor ruler di bawah:

Klik depan ‘O’ bagi ada cursor mouse depan ‘O’ dan tarik ruler atas tu bagi line putus2 tu selari dengan perkataan ‘R’
 

Ok sekarang ni muka surat 1 dah penuh tinggal sikit lagi je tempat kosong dan anda nak mula menulis di muka surat yang baru jadi adakah anda akan enter enter enter sampai ke page baru? Ini ramai yang buat dan it is a big NO (best gak kalau layan lagu Apink – no no no ni).

Apa yang perlu anda buat adalah dengan click mouse pada huruf terakhir di muka surat terakhir dan ‘Insert Page Break’ dan tadaaaa anda telah di teleport ke page baru kan senang tak perlu spam enter enter enter.

 


 

Kemahiran Words ini sangat luas dan perlukan minat untuk diterokai. Jadi kita kena luangkan sikit masa untuk kaji ilmu Words ni. Words ni sangat penting sebab kalau report kita nampak kemas dan teratur, lecturer atau boss anda pun suka tengok. Hal ini juga dapat mencerminkan bahawa anda seorang yang organize. Jadi bila buat report tu buatlah dengan sepenuh hati dan ikhlas. 

 

Contoh Report