Soalan Maut "Checkmate" Buat Interviewer Korang. Terus Dia Respect Korang
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Soalan Maut "Checkmate" Buat Interviewer Korang. Terus Dia Respect Korang

post by MJ

by MJ

Aug 25, 2022
pada 3:36 PM

Tahu tak ada satu soalan kalau korang ajukan sewaktu interview, ianya akan buatkan penemuduga rasa kagum dan cakap "Wow, dia ni confident. I like!" Sewaktu temuduga korang tu sudah sampai ke pengakhiran, apa kata ajukan satu soalan ini. Ianya berpotensi untuk buatkan penemuduga untuk pertimbangkan semula mungkin dia sudah jumpa calon yang paling sesuai? Manalah tahu kan?

 

'Selepas jumpa saya secara berdepan, awak rasa adakah saya calon yang mempunyai potensi untuk dipilih? Adakah awak terfikir untuk mengambil saya berbanding calon lain?'

 

1. Korang ni terbuka menerima kritikan

Apabila korang meminta maklum balas, itu menunjukkan yang korang ni bersifat terbuka dan tidak terasa hati jika dikritik. Korang adalah individu yang straightforward dan juga seorang yang bagus dalam berkomunikasi. Bukan itu je, individu yang sebegini adalah seorang yang bagus dalam bekerja secara berkumpulan dan ini lah kualiti yang majikan mahukan!

 

2. Minta pendapat = korang fokus untuk majukan diri

Mengajukan soalan ini menunjukkan yang korang ni fokus untuk memajukan diri. Jika tidak bertanya sampai bila mahu tahu apa kekurangan diri kan? Majikan gemar akan pekerja yang mencari jalan untuk memajukan diri dan bukan sekadar duduk satu tahap itu dan cepat berasa selesa. 

 

3. Menunjukkan yang korang ni berani

Kebiasaannya sesi temuduga kerja akan bertahan selama 45 minit. Jadi korang memang perlu bertindak berani dan kemukakan soalan ini. Jangan tanya secara negatif dengan mengatakan "adakah calon lain lebih baik daripada saya?". Ubah sedikit ayat itu dengan tanyakan sebegini. Ini menunjukkan yang korang ni calon yang ada keyakinan dan penemuduga akan drag temuduga korang tu sebab dia terasa ada aura pada korang.

 

4. Korang betul-betul berminat

Soalan ini menunjukkan yang korang ni berminat betul pada jawatan yang dimohon. Memang kalau korang ajukan soalan ini, boleh meningkatkan potensi untuk diambil bekerja tau. Calon yang tidak terfikir untuk bertanyakan soalan ini tidak berjaya menambat hati penemuduga kerana korang seakan mahukan temuduga itu cepat habis je.

 

5. Korang amat profesional

Pembawaan diri korang sewaktu temuduga kerja menunjukkan bagaimana kkorang tampilkan diri di hadapan colleagues dan majikan. Penemuduga akan judge adakah korang ni pasif sewaktu temuduga ataupun confident. Tidak salah untuk nak ajukan soalan ini kan?