Sebagai calon temuduga, perkara pertama bila korang dapat je panggilan untuk hadir temuduga yang korang perlu lakukan ialah Bersedia! Buat persiapan yang serapi mungkin. Pastikan semua dokumen yang diperlukan semasa temuduga lengkap. Kedua korang kena tanya pakcik 'Google' soalan temuduga yang popular dan sering ditanya semasa temuduga, sebab soalan ni akan buatkan korang lebih bersedia hadap segala kemungkinan. Ketiga, korang perlu sediakan jawapan yang padat, tepat & mantap untuk semua persoalan yang bakal ditanya tu. Settle! Bila korang dah siap buat semua perkara ni, korang cuma perlu bertenang dan chill je sehingga hari temuduga tu. Sebab tiga perkara ni adalah kunci utama untuk korang berjaya melepasi temuduga dan ditawarkan bekerja.