7 Pekerjaan TER-Paling Rare Yang Kita Pun Tak Tahu Kerja Ni Wujud! No 5 Tu Semua Orang Mesti Nak Kerja!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

7 Pekerjaan TER-Paling Rare Yang Kita Pun Tak Tahu Kerja Ni Wujud! No 5 Tu Semua Orang Mesti Nak Kerja!

post by MJ

by MJ

Sep 5, 2022
pada 10:44 AM

Korang tahu tak dalam dunia ni ada banyak lagi kerja yang pelik pelik yang kita tak tahu. Agak agak masyuk tak gaji dorang? Tapi kalau difikirkan semula sebenarnya kerja macam ni memang lah rasa macam rare, tapi bayaran dorang dapat masyuk tau! Best betul dapat kerja yang tengok dinding tu je, Cangok cangok dapat duit!

 

1. Snake Milker

Pekerjaan ini bukan calang-calang orang boleh kerjakannya. Hal ini demikian tugas sebagai snake milker agak mencabar dan berisiko kerana diperlukan untuk membuang racun ular dan mengumpulnya dalam botol yang telah disediakan untuk dijadikan antidote dari racun dan tujuan perubatan lain.  Ada yang berani nak bekerja sebagai snake milker ke?

 

2. Profesional Snuggler

Di negara-negara lain, jika anda bersendirian dan merasakan anda memerlukan pelukan, anda boleh menyewa professional snuggler untuk dipeluk atau berbaring sambil memeluk. Untuk itu, anda perlu membayar antara 60-80 dolar dan  ia tidak boleh lebih daripada pelukan. Andai ya, dikategorikan sebagai gangguan seksual.

 

3. Drying Paint Watcher

Tugasnya ialah melihat cat sehingga cat kering. Agak membuang masa pekerjaanya, namun terdapat lelaki di England yang bekerja seperti ini. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini ialah melihat berapa lama cat kering, dan memeriksanya. Dia juga mengkaji sejauh mana perubahan warna cat sudah kering.

 

4. Pet Food Tester

Demi menjaga kelazatan rasa makanan anjing, beberapa syarikat makanan anjing menggaji pekerja untuk merasai produk makanan anjing termasuk tulang, daging dalam tin dan juga biskutnya. Di samping itu, penguji makanan ini juga ditugaskan untuk membandingkan rasa dan tekstur makanan anjing ini dengan makanan manusia.

 

5. Netflix Viewer

Tonton filem dapat bayaran. Wah! Suatu pekerjaan yang sangat diingini sesiapa sahaja. Tetapi pekerjaan ini tidaklah begitu mudah.  Pekerja yang bekerja seperti ini ditugaskan untuk menonton semua kandungan dari Netflix untuk dikaji semula sebelum dipaparkan kepada orang ramai. Di samping itu, setiap program diberi harus diberi tag yang betul, supaya menjadikannya lebih mudah kepada pengguna Netflix untuk mencari filem atau siri tertentu.

 

6. Train Pusher

Di Jepun, pekerjaan ini telah menjadi salah satu bidang yang sudah biasa dikerjakan oleh sesetengah penduduk di sana. 'Oshiyas', adalah pekerjaan yang ditugaskan untuk menolak  penumpang yang ramai dari pintu ke dalam train, supaya train dapat menampung lebih banyak orang.  Macam manalah keadaan penumpang ya?

 

7. Scuba Diving Pizza Delivery Man

Mungkin anda sudah tahu terdapat sebuah hotel di bawah air di Key Largo, Florida. Untuk menambah keanehan hotel ini, mereka mempekerjakan beberapa pekerja sebagai Pizza Delivery Man. Oleh kerana berada di bawah air, penghantar pizza ini perlu menggunakan peralatan scuba diving dan watertight pizza case supaya pizzanya tetap hangat.

Bolehkah anda bayangkan, bagaimana penatnya menjadi mereka. Belum lagi jika pizza yang dipesan adalah salah, perlu ulang aliklah jawabnya.