Company Ni Bagi Staff Ambik Cuti Kalau Takde Mood Nak Kerja! "Bad Mood Leave" Bapak Best!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Company Ni Bagi Staff Ambik Cuti Kalau Takde Mood Nak Kerja! "Bad Mood Leave" Bapak Best!

post by MJ

by MJ

Sep 7, 2022
pada 8:00 AM

Kan best kalau tiba-tiba haritu takde mood nak pergi kerja, kita boleh minta cuti atas alasan 'tiada mood' nak kerja. Tak perlu nak susah-susah fikirkan alasan, kan? Hehe. Tipulah kalau kita takde rasa macam ni. Memang normal sebenarnya. Sebab tulah syarikat memperuntukkan cuti selama beberapa hari dan salah satunya bertujuan untuk menggalakkan pekerja bercuti setelah penat bekerja.

Namun, berbeza pula dengan syarikat taman tema ini yang mana staf mereka diberikan kebenaran untuk mengambil cuti sekiranya mereka tiada mood! Wow, takde mood nak kerja pun boleh mohon cuti dah sekarang. Hehe. Bukan tu je, syarikat taman tema itu siap memperuntukkan lagi sehari cuti bergaji setiap bulan khas untuk pekerjanya berehat di rumah.

Changzhou China Dinosaur Park

Sebenarnya, syarikat ini telahpun mengamalkan polisi ini sejak tiga tahun lalu bagi bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi dan semangat para pekerjanya. Syarikat tahu yang pekerjanya sentiasa berhadapan dengan ragam pelanggan sehingga boleh menimbulkan tekanan. Jadi untuk sentiasa memastikan pekerja di sini berada dalam keadaan gembira dan seronok, cuti ini diberikan kepada mereka.

So kalau korang rasakan, patut tak benda ni kita adakan dekat Malaysia?