Setiap pekerja dibayar untuk tugasan yang mereka lakukan, namun pekerja juga adalah aset bagi setiap syarikat bagi memastikan syarikat yang dibina kekal maju. Kalau dalam setiap company tu ada pekerja yang bagus nak berhenti, maka rugi lah company tu. Salah satu cara untuk memastikan syarikat tidak kehilangan aset mereka adalah dengan menjaga kebajikan pekerja mereka. Itulah cara yang diamalkan oleh sebuah syarikat gergasi yang mengusahan enjin pencarian Internet, Google Inc.