Lelaki Terkaya Di Asia Ini Bagi 6 Nasihat Berguna Untuk Pekerja Gaji Bawah RM2000
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Lelaki Terkaya Di Asia Ini Bagi 6 Nasihat Berguna Untuk Pekerja Gaji Bawah RM2000

post by MJ

by MJ

Sep 26, 2022
pada 4:11 PM

Siapa dia Li Ka-Shing ni? Haa.. kalau nak tahu dialah antara lelaki terkaya di Asia tapi masih hidup secara bersederhana dan amat berjimat cermat.

Li Ka-Shing yang bermula daripada hanya seorang buruh kasar, dan diberi kepercayaan untuk menjadi kerani tapi beliau menolak dan memohon untuk menjadi jurujual kerana minatnya terhadap usahawan dan kini tengok lah, lelaki terkaya di Asia okay. Jangan ingat ada jalan mudah untuk nak jadi kaya ni. Tengok ni salah satu contoh bagaimana gigihhnya seorang yang walaupun tiada pelajaran tahap tinggi tapi boleh berjaya jika berusaha.

Sebagai seorang lelaki terkaya di Asia ni, nasihat dia terhadap golongan belia luar sana yang berpendapatan RM2000 ini sangat-sangat lah berguna. Nak tahu apa petuanya? Ini haa..

1. Bahagikan pendapat korang

Okay, katakan lah korang berpendapatan RM2,000 sebulan. Jangan gelojoh sangat berbelanja duit tu. Sebaiknya bahagikan gaji itu kepada 5 bahagian iaitu belanja untuk sara hidup, belanja untuk bina rangkaian kawan, belanja  untuk menimba ilmu, perbelanjaan untuk melancong dan akhir sekali peruntukan untuk simpanan.

2. Bersederhana dalam belanja sara hidup

Ini ada satu peringatan sikit untuk korang. Kalau gaji tu Rm2,000 jangan lah berbelanja macam korang tu dapat RM5,000 sebulan. Berjimat lah sikit. Ini tak sampai seminggu dalam bank dah tinggal Rm50 je. Kalau duit habis bayar bil rumah, kereta itu faham lah lagi. Ini yang jenis shopping tak sedar diri ni yang bahaya tu.

Paling penting sekali ni soal makan. Setiap hari mesti kena berbelanja untuk makan kan. Sekarang ni sekali makan pun dah habis RM10. Jadi cara untuk berjimat daripada lelaki terkaya di Asia ni adalah sediakan bajet sekitar RM20 je sehari. Makan secara bersederhana untuk pagi, tengah hari dan malam. 

3. Bajet untuk bil telefon

Bajet sekitar RM100 je sebulan untuk bil telefon korang. Telefon ni penting untuk nak berhubung dengan kawan-kawan serta boss semua. Selain tu, buat peruntukkan sebanyak RM300 untuk belanja kawan korang. Tapi bukannya belanja orang sebarangan je pula. Belanja mereka yang lebih berilmu daripada korang, untuk kita belajar ilmu dia. Pada mereka yang lebih kaya daripada korang. Dengar macam pelik je kan? Kenapa nak belanja orang kaya pula? Itu bertujuan untuk nak korek apa rahsia mereka berjaya. Akhir sekali, belanja mereka yang pernah membantu korang dalam kerjaya atau perniagaan. Korang tak akan berjaya tanpa pertolongan mereka ni. Sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk membalas budi diorang dan mungkin korang perlukan lagi pertolongan mereka di masa depan.

4. Melabur untuk ilmu

Makin banyak ilmu di dada makin kaya lah seseorang tu. Jadi jangan malas dan pernah beri alasan untuk tak mencari ilmu. Sekurang-kurangnya peruntukkan sebanyak RM300 untuk beli buku ilmiah. Elakkan beli novel, majalah, novel dan sebagainya. Beli buku yang boleh beri  ilmu. Ikuti seminar atau kursus keilmuan untuk pertingkatkan kemahiran dan pengetahuan korang. Bila korang ikuti seminar ni, korang bukan sahaja dapat ilmu tapi juga kenalan yang sama-sama mahu berjaya.

Ingat ye, jangan tertipu pula ikut seminar mengarut yang kaki tipu tu. Berhati-hati.

5. Merantau ke tempat orang

Bercuti atau melancong ni bukan untuk suka-suka je. Merantau ke tempat orang kalau diberi kesempatan setahun sekali dengan tujuan untuk menimba ilmu dan luaskan pemandangan dan pemikiran. Berikan sebanyak RM200 sebulan dalam tabung untuk melancong. 

Bila makin jauh kita merantau, makin terbuka pemikiran kita terhadap budaya dan cara hidup orang asing. Balik ke tempat sendiri cuba praktikkan bagaimana masyarakat bertamadun dan moden ni berjaya.

6. Simpan! Simpan! Simpan!

Sekarang ni cubaa kira balik berapa baki yang ada? Ada lagi RM500 kan? Okay duit ni korang simpan seperti tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak keluarkan. Ini adalah duit untuk korang mulakan perniagaan kecil-kecilan atau apa-apa pun yang boleh memberi pulangan lumayan.

Walaupun korang sudah ada kerja tetap, tidak menjadi masalah kalau nak mulakan bisnes kecil-kecilan. Kalau gagal, hanya sedikit duit yang hilang, tapi kalau nampak kejayaan kecil, jadikan sebagai semangat untuk teruskan. 

Apa lagi nasihat berguna?

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua anak muda untuk mula berjimat cermat sejak dari awal lagi. Kurangkan berbelanja dengan membeli barangan berjenama dan kasut mewah. Simpan dulu duit tu dan tunggu bila dah kaya nanti korang beli lah banya mana yang korang nak. Jangan berbelanja sewaktu masih muda dan duit tak berapa nak ada ni. 

Lagi satu, untuk usahawan muda di luar sana, banyakkan keluar sewaktu anda tak ada duit ni. Cari kenalan dan sertai apa-apa sahaja aktiviti untuk dapatkan kenalan. Bila dah kaya nanti, korang kurangkan pula aktiviti luar dan lebihkan keluarga.

Pokok pangkalnya disini, nasihat paling penting untuk nak berjaya ni kena kawal perbelanjaan bulanan. Biar lah colleagues pakai beg LV baru, korang akan pakai juga nanti tapi bila dah berduit.