Guna Helah Nak Tolong Orang Melayu, Programmer Kongsi Selok Belok Helah MLM
# Trending Semasa

Guna Helah Nak Tolong Orang Melayu, Programmer Kongsi Selok Belok Helah MLM

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2016
pada 3:24 AM

Kalau dulu popular dengan scammer yang bermodalkan ayat MLM,  Skim Cepat Kaya dan ramai yang tertipu sampai berhabisan puluhan ribu. Sekarang, isu ni masih lagi berleluasa tapi diorang ni pandai, jual nama lain pula. Yang peliknya masih ada lagi yang percaya dan tertipu dengan helah ni. Tak serik-serik dan cepat sangat terpedaya  dengan janji manis pulangan modal berlipat kali ganda sampaikan boleh beli kereta mewah. 

Apa yang bestnya, rata-rata orang muda yang masih menuntut di universiti pun dah pandai nak join-join business MLM macam ni. Lepas tu ramai-ramai tarik kawan lain untuk join cakap bukan main lagi lah senang dapat duit, seminggu je dah nampak hasil macam-macam lagi. Yang lama tak contact tu kalau tiba-tiba call tengah malam tanya khabar apa haaa dia nak mulakan langkah dia ajak korang join MLM la tu. Haha..

Sekarang skim cepat kaya ni dia tak berapa jelas sangat. Cara diorang memang boleh buatkan orang ramai tak perasan tapi sistem dia tetap sama, pelaburan yang tak diiktiraf oleh bank negara. Makcik-makcik, pakcik- pakcik semua pakat baca ni Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sudah keluarkan senarai individu, laman web dan pelaburan yang tak diiktiraf. Jadi alert sikit dan kalau dah terkena sempat lagi kot nak tarik duit balik.

"Konon nak tolong bangsa melayu"

Seorang netizen yang pernah membuat laman web untuk MLM ni berkongsi macam mana operasi mereka yang memang terang-terang tipu orang melayu. Dia sebagai programmer pun tertipu dengan janji manis diorang. Iyelah baru nak berjinak-jinak dalam membina laman web orang ambil kesempatan pula. Suruh tolong buatkan laman web untuk bisnes MLM dia dengan alasan "kita kena tolong sesama melayu." Itu je lah modal dia.

"Cukup 2-3 bulan datang balik kepada saya suruh buat web lain?"

Eh macam mana orang yang sama dulu minta buatkan laman web boleh datang balik suruh buatkan yang baru pula? Tak sampai setahun apa tak kan bisnes dah tutup? Sejak daripada tu netizen ni dah mula rasa curiga, apa jenis bisnes yang diorang ni buat? Dia pun terkena juga untuk join tapi nasib baik masih lagi selamat, sebab fikirkan modal wang ringgit tak berapa nak ada tak pandai nak tarik orang untuk masuk.

"Aku tak halalkan satu sen duit yang kau tipu"

Memang wang ringgit tu penting sekarang. Semua benda kena guna duit tapi itu bukan alasan untuk korang join benda macam ni. Pada awalnya mungkin ada yang dah merasa dapat balik modal apa, dan lepas  dah pegang duit besar labur lagi sebab percaya. Tapi kali kedua tu lah nanti akan jadi macam-macam benda pelik. Duit korang hilang dan sekali dengan orang-orang terlibat pun lesap tak boleh nak jejak. 

Semua jenis skim cepat kaya penghujungnya tetap sama

Sempena raya yang nak dekat dah ni, dorang yang bertopengkan janji-janji manis akan mula giat lagi cari mangsa. Sebab masa macam ni lah orang ramai perlukan duit untuk belanja raya, beli baju raya semua dan target orang sama je; golongan orang tua sebab mereka cepat terpedaya. Walau banyak mana pun janji pulangan modal tu, akhirnya tetap sama bungkus, delete akaun Facebook, Whatsapp, syarikat dah gulung, nama pula tak boleh nak cari.

Belajar lah daripada kesilapan

Ingatlah tak ada jalan pintas untuk nak jadi kaya. Nak ada rumah besar, kereta mewah itu semua kena usaha lebih. Jangan bila ada orang datang promote terus tertipu habis semua duit digadaikan. Ini ada senarai terbaru pelaburan yang tak diiktiraf oleh bank negara sebagai panduan. 

Sumber: Bank Negara