DIhalau Dari Bilik Bedah Di UK, Doktor Dari Malaysia Ni Cipta Tudung …
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

DIhalau Dari Bilik Bedah Di UK, Doktor Dari Malaysia Ni Cipta Tudung …

post by MJ

by MJ

Oct 14, 2022
pada 9:10 AM

DIhalau Dari Bilik Bedah Di UK, Doktor Dari Malaysia Ni Cipta Tudung … 

Banyak pulak kisah pasal Doktor sejak dua menjak ni. Harini kita nak kongsikan seorang doktor bernama Dr Farah Shaheera Roslan yang diarah keluar dari bilik bedah dan kemudiannya dia cipta tudung pakai buang untuk digunakan di hospital UK.

Semasa dia jadi pelajar perubatan dekat UK, Dr Farah ni dia lalui satu pengalaman yang mana dia dihalau dari bilik bedah kerana pakai tudung. Pemakaian tudung tu melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh NHS.

So, lepas je dia kena keluar tu dia, dia rasa terdapat jurang yang perlu diselesaikan diantara kod pemakaian dan juga SOP yang telah ditetapkan. So dia pun contact rakan pembekal yang dari Malaysia untuk mendapatkan idea tudung pakai buang. Selepas daripada itu dia menemui seorang pembekal UK yang menghantar kain dengan pelbagai saiz dan bahan untuknya dan mengumpul sekumpulan doktor wanita Muslim di UK untuk diuji.

Hebat tak hebat dia ni, lepas je mentor dia meluluskan reka bentuk itu, sejumlah tudung pakai buang telah dibekalkan ke semua bilik pembedahan di bawah Universiti Hospital Derby dan Burton Trust.

Image

Sekarang, Dr Farah Shaheera Roslan dah bekerja di Hospital Umum Northampton dan telah bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Islam Britain untuk membantu menghasilkan garis panduan mengenai penggunaan tudung dalam keadaan klinikal.

Dr Farah Shaheera bukan sekadar menerima pujian, dia juga  telah diberi anugerah dan pengiktirafan melalui NHS Leadership Academy Award dan dicalonkan untuk British Muslim Award.