Rupanya Boleh Tahu "MC Tipu" Dekat Website Ni - Ramai Dah Kantoi Dekat Sini
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Rupanya Boleh Tahu "MC Tipu" Dekat Website Ni - Ramai Dah Kantoi Dekat Sini

post by MJ

by MJ

Oct 13, 2022
pada 9:28 AM

Ramai Kantoi “Tipu MC” Dekat Website Ni - Masak La Korang!

Bila cerita pasal MC ni dijamin lah mesti ramai gila yang kaki MC. Sikit sikit mc, sikit sikit mc. Kadang tu tertanya tanya, senang betul DR tu bagi MC ek? RUPANYA SEKALI. NAHHH TIPU JE MCNYA!

Bagi admin MC tipu ni dah tahu salah, boleh kene tindakan. Kenapa orang kita masih buat ya? Disebabkan kes MC tipu ni berleluasa, kini korang boleh check MC tu fake atau tak melalui website yang dibuat oleh MMC ni je. Di dalam Malaysia, Mana-mana pelajar lepasan perubatan yang tidak berdaftar di bawah MMC, mereka tidak boleh beramal di dalam negara.

Walaubagaimanapun mereka masih boleh menggunakan gelaran Dr jika ada bukti telah selesai pengajian dalam bidang perubatan.

So untuk cek Doktor yang bagi MC kat korang tu betul ke tak cek kat sini - https://meritsmmc.moh.gov.my/search 

Kalau Doktor tu namanya tiada, maknanya:

1. Tidak berdaftar dengan MMC

2. Universiti yang dia belajar tidak diiktiraf oleh MMC

Seperti yang dikongsikan netizen ni, ramai staff telah dikantoikan daripada website ini. Jadi untuk korang yang malas malas gi kerja, nak fake fake MC, hati hati okay!

Haa so dah tahu kan Doktor ni wajib ada berdaftar dengan MMC kalau nak bagi MC!