Orang KL Akan Mengalami Sedikit Kesukaran Raya Kedua & Ketiga Ini ..Siap Sedia!
# Trending Semasa

Orang KL Akan Mengalami Sedikit Kesukaran Raya Kedua & Ketiga Ini ..Siap Sedia!

post by Aisya

by Aisya

Jun 19, 2016
pada 5:31 AM

Bagi mereka yang giat menggunakan perkhidmatan LRT untuk ke destinasi, ambil perhatian bahawa perkhidmatan LRT bagi laluan Ampang tidak akan bergerak buat seketika pada 7 dan 8 Julai ni bersamaan dengan hari kedua dan ketiga raya. Perkhidmatan ini akan tergendala selama dua hari bagi membolehkan kerja menaik taraf dan peralihan ke sistem isyarat yang baru. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapi Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata penggantungan sementara ini perlu untuk process menaik taraf dan memindahkan sistem isyarat semasa ke Sistem Automatik komunikasi Berasaskan Kawalan Kereta api (CBTC) bagi memudahkan dan melancarkan lagi keselamatan pengguna.

Jadi akan affected ke kepada orang ramai?

Mungkin ada betulnya juga kalau LRT ni diselenggara waktu minggu raya sebab ramai yang akan bercuti balik ke kampung masing-masing. Jadi peratus untuk orang ramai gunakan perkhidmatan LRT ni akan menurun. Bayangkan kalau buat waktu peak-hour mau tak mengamuk orang yang nak pergi kerja apa.

Lagipun sewaktu penyelenggaraan sementara tu, perkhidmatan bas percuma akan diberikan sebagai alternatif bagi mereka yang menggunakannya. Perkhidmatan percuma ini akan berjalan dari pukul 6 pagi sehingga tengah malam di sepanjang laluan station Ampang LRT dan Sri Petaling LRT ke Terminal bas Rapid KL Pasar Seni. Jangan risau lah kalau tak ada trasport untuk pergi beraya rumah kawan-kawan ke apa. Okay? Plan awal-awal alternatif lain untuk pergi beraya.

Korang beraya tapi diorang sibuk bekerja

Beruntung lah korang yang dapat cuti beraya tahun ni. Tengok pekerja-pekerja LRT terpaksa korbankan cuti mereka sebab nak bagi kesenangan pada orang ramai lepas raya ni. Korang best-best pergi beraya makan rendang apa diorang beraya dekat station LRT je.