Sikap Biadap Student Sekarang Kutuk Pensyarah Di Media Sosial Buatkan Majikan Was-Was Hire Mereka
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Sikap Biadap Student Sekarang Kutuk Pensyarah Di Media Sosial Buatkan Majikan Was-Was Hire Mereka

post by Aisya

by Aisya

Apr 14, 2022
pada 9:36 AM

Ini lah sebabnya kenapa penting untuk majikan selidik dulu latar belakang dan social media calon-calon yang datang interview. Budak-budak sekarang ni advance sikit dalam social media ni, tak kata semua biadap, tapi ada la separa macam tu. Wujud okay calon yang habis je interview terus sembur segala perkataan dekat twitter, facebook. Itu baru  interview belum lagi diterima masuk bekerja. Hmm..

Jangan ingat majikan korang tak tahu apa yang korang buat. Diorang akan selidik sehabis baik okay jika ada gunakan kata-kata kesat yang melampau, berbaur politik yang melebih-lebih semua tu akan diambil kira.

Macam contoh seorang netizen ni berkongsi bagaimana senang je pelajar-pelajar kat universiti kita ni mengutuk maki hakum lecturer sesuka hati je. Semua mi diambil secara rawak dan ada yang ditulis oleh pelajar lelaki juga perempuan. Kata-kata kesat yang digunakan tu korang sendiri boleh tahu apa dia. Melampau sangat ni.

"Do you think you'll be hired if this is your attitude?"

Haa.. inni baru je jumpa pelajar maki lecturer, belum lagi pekerja maki boss. Betul apa yang dia cuba katakan, kalau macam ini lah perangai awal-awal lagi, rasanya majikan nak ke ambil korang bekerja? Attitude tu penting, dan majikan tak akan sewenang-wenangnya ambil pekerja yang ada masalah sebegini. Betul tak?

Yes, Twitter tu hak masing-masing, tapi perlu ingat juga ramai orang yang baca dan majikan pun ada hak untuk nak tengok twitter korang. Bila dah terbaca ayat kesat macam ni jawabnya  kirim salam je lah. Apa apa pun kalau nak cari kerja boleh cek dekat website Maukerja okay! Ada 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Ini contoh-contoh tweet pelajar-pelajar sekarang. Tak ada hormat pada orang tua langsung. Hmmm..

Kutuk lecturer tanpa rasa bersalah

Amboi  marah sampai habis lecturernya dipanggil  macam tu sekali. Apa perasaan lecturer kalau dia ternampak tweet yang ditulis oleh pelajar dia sendiri? Confirm sedih kan? Iyelah lecturer berhempas-pulas mengajar dekat depan bagi ilmu dekat students dia, rupanya diorang duduk belakang kutuk lecturers.

Ingat, alam pekerjaan nanti bukan seronok-seronok macam dekat sekolah. Sikap tu kena lah professional dan yang penting jangan ingat majikan korang tak tahu apa yang korang buat selama ni.