Tahun 2023 Nanti, 5 Benda Ni dah Tak Relevan Dalam Resume. - DAH LAPUK
by MJ
Tahun 2023 Nanti, 5 Benda Ni dah Tak Relevan Dalam Resume. - DAH LAPUK
Rasa macam kejap je kan dah nak 2023. Laju betul masa berjalan. Kalau korang perasan, zaman sekarang ni kalau tanya apa benda paling susah, mestilah cari kerja. Persaingan makin menggila. Dengan graduan dari universiti beratus ribu yang keluar tapi peluang pekerjaan hanyalah sedikit.
So macam mana nak kekal bersaing? Sudah sepastinya resume yang mantap dan memikat hati bakal menjadi taruhan untuk dapat kerja. Kita semua tahu bahawa majikan kini lebih gemar resume yang tidak melebihi 3 muka surat.
Lagi pendek, lagi bagus! Namun butiran-butiran peribadi amatlah penting untuk diletakkan bagi memperkenalkan kepada majikan. Kalau sebelum ini segelintir butiran dianggap penting dalam resume, tapi bila dah masuk 2023. Butiran ini sudah dianggap lapuk, lihat apa butiran tersebut dan update resume anda sekarang!
1. Buang detail semasa zaman Universiti..
Terlalu banyak details mengenai zaman kolej menganggu ruang dalam resume anda. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MUDA butiran ini dah tak relevan lagi bagi majikan. Mereka takkan pandang lagi segala penglibatan kurikulum, ahli kelab persatuan, CGPA semua itu.
2. Bahasa
Majikan dah tak kisah pun pasal bahasa, melainkan kerja yang anda mohon ada melibatkan penggunaan bahasa. Boleh diterima pakai lagi kalau anda ada bahasa ketiga, tapi kalau tiada tak perlu beritahu pun tak apa. Ikutkan logik, boleh dikatan semua industri memerlukan anda fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris.
3. Penghargaan masa Intern
Releven tak semua ini dalam kerja baru? Kalau tak, buang! Tapi jangan lupa bahagian ini kalau semua ini ada kaitan dengan bidang kerja baru tu.
4. References
Tolong lah adik adik, letak refrences yang berkaitan. Bukan kawan dekat office ke makcik cleaner ke...
5. Pengalaman berapa lama bekerja
Sebenarnya sekarang boleh kata banyak majikan bukan lagi mengtamakan pengalaman korang untuk diambil bekerja. Sebaliknya itu hanya untuk menetapkan berapa gaji yang korang layak. Tetapi, kelayakan untuk jawatan lebih tertumpu kepada diri korang sendiri.
Membantu anda mengembangkan kerjaya anda dengan lebih baik